`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, November 28, 2023

Putrajaya diminta sesuaikan akta berkait Bernas untuk Sabah

 

Wakil rakyat Sabah seru kerajaan semak akta berkaitan Bernas agar bersesuaian dengan keperluan industri di negeri itu.

KOTA KINABALU: Kerajaan persekutuan diminta meneliti dan menyemak semula akta berkaitan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) agar ia bersesuaian dengan keperluan industri berkaitan di Sabah.

Jasnih Daya (GRS-Pantai Dalit) turut mencadangkan supaya Bernas, yang diberi konsesi untuk mengimport beras bagi keperluan 3.6 juta penduduk Sabah, mempergiat kerjasama dengan kerajaan negeri dalam industri penghasilan beras tempatan.

Beliau berkata kerajaan juga mengalu-alukan mana-mana agensi kerajaan negeri atau persekutuan, swasta, atau anak syarikat kerajaan yang berminat untuk membangunkan industri beras tempatan di Sabah.

“Kita diuji dan dilanda krisis (kekurangan bekalan beras) berkali-kali dalam tempoh 20 tahun. Alhamdulillah kredibiliti dan kebolehpercayaan tinggi kepada syarikat Bernas yang dipertanggungjawab untuk memastikan bekalan beras yang cukup di negeri ini masih lagi dalam skala berfungsi dengan baik dan relevan.

“Tetapi ini tidak bermakna kerajaan negeri tidak perlu teroka segmen pengimportan beras ke negeri ini secara mikro dan cermat sambil memfokus kepada penanaman padi kita sendiri,” katanya, ketika membahaskan Belanjawan Sabah 2024 pada Dewan Undangan Negeri.

Rina Jainal (GRS-Kukusan) mencadangkan agar kerajaan Sabah mewartakan kawasan setinggan yang berpotensi dijadikan perkampungan berdaftar, kerana terdapat setinggan yang memiliki masjid dan sistem pembuangan sampah yang teratur.

Beliau berkata berdasarkan data pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2021-2025, terdapat 28 koloni setinggan dengan 16,384 penduduk yang mendiami 3,596 rumah.

“Berapa banyak yang dapat diselesaikan melalui projek perumahan SMJ dengan kuota sebanyak 20 pemohon kepada wakil rakyat setiap tahun, itupun dengan syarat tetap harus memiliki geran tanah dan wajib di bawah eKasih,” katanya, yang memohon agar syarat itu diperhalusi dan kelonggaran diberikan terutama kepada golongan B40. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.