KOTA KINABALU: Dua lelaki dan wanita warga emas maut, manakala lima lain cedera dalam nahas tiga kenderaan di Jalan Kunak-Tawau, berhampiran Ladang Giram di Kunak petang tadi.
Mangsa Noorhashim Ambutong, 41, Tima Amihusin, 74, dan Alkawi Ali, 30, yang menaiki kereta Proton Iswara disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, berkata enam pegawai serta anggota Balai Bomba Kunak digegaskan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.20 petang.
“Tiga mangsa yang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan dua yang menunggang motosikal dilaporkan mengalami kecederaan serta diberi rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan Pegawai Perubatan KKM di tempat kejadian.
“Semua yang cedera dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS dan ambulans manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya menambah operasi tamat pada 4.50 petang. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.