`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 7, 2024

Disyaki cabul pelajar di tandas, guru lelaki dicekup

 

Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata guru lelaki itu direman sehingga 10 April.

PETALING JAYA: Guru lelaki direman lima hari kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap pelajar perempuan di tandas awam sebuah pusat beli belah, di Kota Damansara.

Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Jaafar@Ismail, berkata penangkapan suspek berusia 27 tahun susulan laporan mangsa mendakwa kejadian berlaku pada 22 Mac.

Katanya, mangsa berusia 14 tahun yang trauma tampil membuat laporan kelmarin untuk tindakan selanjutnya.

“Susulan itu, polis menahan suspek di Balai Polis Kepong kelmarin dan direman lima hari bermula semalam hingga 10 April ini,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(1)(a) Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377A Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.