`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 7, 2024

Logo kasut mirip kalimah Allah: Polis buka kertas siasatan

 

Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan saksi berkaitan bagi membantu siasatan.

PETALING JAYA: Kes logo kasut mirip kalimah Allah kini disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain.

Beliau berkata, ia susulan pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 35 tahun di Pulau Pinang, hari ini.

“Pengadu mendakwa pada 4.32 pagi melihat hantaran di laman sosial Facebook berkaitan satu bentuk penghinaan ke atas kalimah Allah.

“Tertera lambang menyerupai kalimah Allah di tapak kasut jenama syarikat tempatan. Hantaran itu dikongsi lebih 8,000 orang,” katanya kepada Harian Metro.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan saksi berkaitan bagi membantu siasatan.

Hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Na’im Mokhtar memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah diarahkan memanggil pihak berkaitan isu logo itu esok bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Beberapa jam selepas kenyataan itu dikeluar, pengurusan Vern’s tampil dengan permohonan maaf berhubung isu lakaran logo di tapak kasut keluarannya.

Menurut syarikat itu, logo tersebut diilhamkan berdasarkan bayangan garisan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.

Katanya, pihaknya mengakui ada kekurangan pada rekaan logo sehingga boleh mengakibatkan ia disalah tafsir.

Pihak pengurusan syarikat itu berkata, mereka tidak pernah sama sekali berniat menghasilkan reka bentuk logo untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama mahupun kepercayaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.