`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 7, 2024

Logo kasut mirip kalimah Allah: Bertenang, ‘pihak berkaitan’ akan dipanggil esok

 

Logo kasut mirip kalimah Allah didakwa keluaran syarikat tempatan mengundang kontroversi.

PETALING JAYA: Semua pihak diminta bertenang dan beri ruang kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat perkongsian tular memaparkan logo kasut didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar, menegaskan tiada kompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas membuat tindakan menghina Islam.

Katanya, Jakim sudah diarahkan memanggil pihak berkaitan pada esok bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

“Mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan boleh menyalurkan ia kepada pihak berkuasa termasuk polis.

“Semua pihak adalah dipohon untuk bertenang dan memberikan ruang kepada Jakim dan pihak berkuasa untuk melakukan siasatan terhadap dakwaan ini,” katanya dalam kenyataan. - FMT

BERITA LANJUT MENYUSUL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.