`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 20, 2024

PRK KKB: Protes pengundi India mungkin tak ‘tumbangkan’ PH, kata penganalisis

 

Free Malaysia Today
Seramai 40,226 pengundi membabitkan Melayu (50%), Cina (30%), India (18%) dan lain-lain (2%) layak menunaikan tanggungjawab pada PRK Kuala Kubu Baharu.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpendapat sebarang tindakan protes daripada pengundi India tidak akan membawa kesan yang besar sehingga mendorong kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada PRK Kuala Kubu Baharu bulan depan.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara berkata komuniti India yang mewakili 18% pengundi boleh memilih untuk tidak keluar mengundi atau beralih sokongan kepada calon Perikatan Nasional (PN) sebagai “balasan” kemarahan mereka sejak PRU15.

Free Malaysia Today
Azmi Hassan.

“Hakikatnya ketidakpuasan hati itu masih ada dan sudah sampai di kemuncaknya, mungkin beri sedikit masalah kepada calon PH, namun tidak sampai memenangkan PN.

“Pengundi India belum sampai ke peringkat ‘kingmaker’ di kawasan DUN Kuala Kubu Baharu,” katanya kepada FMT.

Tambahnya, ini kerana sokongan Cina yang mewakili 30% pengundi di kawasan itu mungkin masih utuh kepada PH selain ditambah sedikit undi ahli Umno.

Sementara itu, Lau Zhe Wei dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pula berkata gesaan Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai) untuk “memboikot” calon PH tidak mampu memecah undi dan seterusnya menyebabkan kekalahan parti itu.

“Sesiapa yang datang meletak calon (PRK KKB) dilihat sebagai ugutan yang kuat kerana berpengaruh menjejaskan keputusan undian 50:50 bagi kerusi berkenaan. Ini kerana sebarang pecahan undi akan menyebabkan yang sepatutnya menang jadi kalah.

“Namun gesaan itu sekadar gesaan..tidak akan memberi impak yang besar sangat..Biarpun Urimai ‘turun padang’ sendiri belum tentu dapat menarik undi daripada PH.

Free Malaysia Today
Lau Zhe Wei.

“Dengan kata senang, PH menang atau kalah tak akan disebabkan Urimai,” katanya.

Semalam, pengasas Urimai P Ramasamy berkata parti itu hanya akan menasihati pengundi agar tidak menyokong calon DAP PH pada PRK Kuala Kubu Baharu 11 Mei depan ekoran rasa tidak puas hati atas layanan kerajaan perpaduan terhadap masyarakat India.

Bagaimanapun beliau menegaskan parti itu tidak menyekat pengundi terbabit dalam amalan demokrasi, malah boleh membuat keputusan tanpa pengaruh memandangkan tiada hubungan rasmi mahupun tidak rasmi dengan pembangkang, PN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.