`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 3, 2024

Warga emas pulang mengaji maut terbabit nahas

 

Mangsa yang memandu Perodua Axia dari arah Rembau menghala ke Tampin disyaki hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar sebuah Proton Iswara. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang warga emas dalam perjalanan pulang selepas mengaji di sebuah madrasah maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di KM32.5 Jalan Seremban-Tampin tengah hari tadi.

Ketua Polis Rembau Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kemalangan pada 1.15 tengah hari itu membabitkan Perodua Axia dipandu mangsa, Zahariah Shariff, 66.

Dua kenderaan lain yang terbabit ialah sebuah Proton Iswara dan sebuah Proton Wira, masing-masing dipandu lelaki berusia 49 tahun dan 22 tahun, tambahnya.

“Mangsa dari arah Rembau menghala ke Tampin disyaki hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar Proton Iswara dari arah bertentangan,” katanya, lapor Bernama.

“Akibat kemalangan itu, kereta Proton Wira dari arah belakang Proton Iswara tidak dapat mengelak lalu melanggar kenderaan mangsa di sebelah kiri.

Shaik Abd Kadar berkata, mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian badan dan kepala.

Sementara itu, pemandu Proton Wira tidak mengalami kecederaan manakala pemandu Proton Iswara menerima rawatan lanjut di Hospital Rembau.

Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.