`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, April 13, 2025

Hukuman denda, penjara harus jadi ingatan majikan liat carum Perkeso

 

Free Malaysia Today
Majikan sektor makanan dan minuman antara dikenal pasti liat mencarum Perkeso bagi pekerja mereka. (Gambar Envato Elements)

PETALING JAYA
Denda maksimum RM10,000 dan penjara tidak melebihi dua tahun, harus menjadi peringatan keras kepada majikan liat membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kata Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).

Presiden MEF Syed Hussain Syed Husman berkata majikan terbabit juga boleh dikenakan faedah lewat bayar 6% setahun ke atas jumlah caruman tertunggak selain penalti tambahan bergantung tempoh kegagalan pembayaran caruman.

Free Malaysia Today
Syed Hussain Syed Husman.

Menurutnya, tindakan keras di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 sepatutnya menjadi iktibar untuk menunaikan tanggungjawab sebagai majikan bagi mengelakkan sebarang hukuman dan menjejaskan operasinya.

“Majikan yang belum mencarum Perkeso boleh mengambil peluang semasa program pemutihan bermula 1 hingga 30 April ini bagi mengelak tindakan undang-undang,” katanya kepada FMT.

Pada 9 April lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso Azman Aziz Mohammed dipetik berkata majikan sektor penginapan serta makanan dan minuman dikenal pasti paling liat mencarum kepada Perkeso, dengan 880 kes kompaun dan pendakwaan direkodkan sejak tahun lepas.

Dua lagi sektor dengan tahap ketidakpatuhan tertinggi seperti premis penyelenggaraan kenderaan dan salun kecantikan (658 kes) serta sektor pengeluaran (590 kes).

Memandang serius perkara itu, Syed Hussain berkata antara punca perkara berkenaan berlaku mungkin disebabkan ada majikan tidak memahami prosedur atau cabaran operasi seharian.

Bagi menyelesaikan masalah berkenaan, beliau menggesa Perkeso melaksanakan pemetaan menyeluruh terhadap majikan dalam sektor terlibat.

“Ini membolehkan penyelesaian bersasar dilaksanakan berdasarkan saiz perniagaan, lokasi dan cabaran operasi mereka.

“MEF juga mencadangkan Perkeso mempertimbangkan pelaksanaan program kepatuhan dengan insentif khusus seperti pelan ansuran bersubsidi bagi majikan tampil secara sukarela untuk memulakan caruman,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.