`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, April 27, 2025

Muda ingin tanding 10 kerusi pada PRN Sabah

 Kerusi bandar menjadi tumpuan mengambil kira kelebihan yang ada.

Pemangku Ketua Muda Sabah, Faezrah Rizalman, berkata keahlian masih kecil di Sabah menjadikan mereka perlu kreatif berkempen secara dalam talian. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Muda berhasrat bertanding maksimum 10 kerusi menjelang PRN Sabah yang dijangka berlangsung tahun ini.

Pemangku Ketua Muda Sabah, Faezrah Rizalman, berkata fokus akan diberikan di kawasan bandar.

“Kita akan lihat kemampuan dan keadaan semasa. Jadi, mungkin kita akan bertanding di tidak lebih daripada 10 kerusi.

“Kali ini, kita cuba fokus di kawasan bandar sedikit. Sebelum ini, kami telah mencuba di luar bandar dan mungkin kali ini tumpuan akan lebih kepada kawasan yang lebih maju,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, di Sabah keahlian parti itu sekitar 5,000.

“Memandangkan kami adalah parti kecil dengan keahlian sekitar 5,000, sumber tenaga agak terhad. Oleh itu, kami terpaksa kreatif dengan kempen secara dalam talian.”

Pada PRU15 2022, Muda meletakkan calon tunggal di Parlimen Kota Marudu, namun tewas dalam pertandingan enam penjuru. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.