`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 


Friday, April 25, 2025

O’Reilly lagi

 Saya ingat habis cerita. O’Reilly rupanya bengang.

Mohsin Abdullah

Kena imbau apa yang berlaku untuk komen apa yang baru berlaku. In a nutshell bak kata omputih, Bill O’Reilly tuduh ‘the Maylays’ tak ada duit nak beli barangan China semasa menyatakan beliau tidak faham mengapa Presiden Xi Jinping melakukan lawatan ke Vietnam, Malaysia dan Cambodia tempoh hari. Kebingungan beliau saya tulis lima hari lalu.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pula 18 April lalu membidas dan menyifatkan komen O’Reilly “not only reflects O’Reilly’s lack of understanding of the current realities in the region but also reveals a narrow worldview shaped by racial bias and colonialist ideology”. Reaksi keras PMX disiar meluas oleh media tempatan khususnya.

Itu apa yang telah berlaku. Saya ingat habis cerita. O’Reilly rupanya bengang lalu menyerang balas. Meskipun berlagak mentertawa jelas beliau tidak senang dituduh pandangannya terhadap dunia dibentuk oleh prasangka perkauman dan fahaman penjajah. Saya tonton serangan balas itu di YouTube semalam. “Malaysia is mad at me,” kata beliau semalam. Di ruangan komen yang disediakan terpapar ulasan yang menyokong O’Reilly. Saya kira ada dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri tapi ini bukan soalnya. Masing-masing ada hak beri pendapat sama ada menyokong atau membantah oleh itu tidak perlu saya bercakap mengenainya.

Yang dapat perhatian saya ialah kata kata O’Reilly sendiri antaranya mengenai pendapatan isi rumah perkapita Malaysia. Beliau mendakwa annual household income per capita Malaysia ialah USD5735 berbanding di AS — USD42,220 yakni lapan kali ganda lebih.

Namun saya yang bukan pakar ekonomi hanya ingin menegaskan apa yang O’Reilly persembahkan ialah bagai membandingkan durian dengan epal. Jika statistik yang beliau tonjolkan itu benar — saya kira USD5735 cukuplah kot untuk orang Malaysia hidup di Malaysia — ambil kira cost of living Malaysia berbanding AS. Orang Malaysia bukan duduk di AS. Mungkin perkiraan saya salah tapi mungkin juga betul. Betul tak?

“So if you want to buy a hat and you’re only making USD5,000 per year you’re not going to buy it. You’re not getting Chinese take out either in Kuala Lumpur. You’re barely eating,” katanya.

Kalau O’Reilly bercakap mengenai topi merah Make America Great Again buatan China, memanglah beliau betul. Memang kita tak nak beli pun. Jelas beliau tidak tahu macam mana kita spend khusus semasa sambut Raya tempoh hari malah masih sambut.

‘Chinese take out’ pada pemahaman saya makanan Cina. Kita tak mampu tapau Chinese food, betul ke? Dan ‘you’re barely eating’, O’Reilly tak kenal kedai mamak 24 jam kita.

Tapi O’Reilly kata pernah lawat Malaysia. Pelik. Macam mana beliau boleh kata apa yang beliau kata jika pernah datang ke Malaysia Truly Asia? Apa pun kata beliau Malaysia is a beautiful county. “Complicated but beautiful country. Barack Obama was partially raised there,” kata beliau.

Obama dibesarkan (‘partially’ istilah yang O’Reilly gunakan. Setahu saya ‘partially’ dalam bahasa Melayu ialah ‘sebahagian’) di Malaysia, iya ke? Saya warga Malaysia dan tak pernah tinggal di mana-mana negara selain Malaysia pun tak tahu. O’Reilly warga AS tahu. Hebat. Tak perlulah Trump nak Make America Great Again.

Oh last one. Siapa-siapa boleh kontek Obama — tolong tanya kat mana beliau duduk semasa membesar di Malaysia dulu? - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.