`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Wednesday, May 7, 2025

Disyaki minta rasuah RM54,000 lulus lesen penjaja, 2 pegawai PBT direman

 Suspek didakwa menerima rasuah daripada seorang individu yang memohon lesen penjaja sementara sempena Tahun Baharu Cina 2024.

prison jail
Suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Dua pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah RM54,000 sebagai balasan meluluskan permohonan lesen penjaja, tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek yang masing-masing berusia 35 dan 62 tahun itu dikeluarkan Hakim Juraidah Abbas selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di Mahkamah Sesyen Jenayah 1, lapor Berita Harian.

Reman itu bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Menurut sumber, kedua-dua mereka ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM kira-kira 2.30 petang semalam.

Ia berhubung dakwaan menerima rasuah daripada seorang individu yang memohon lesen penjaja sementara sempena Tahun Baharu Cina 2024. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.