`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, May 2, 2025

Langgar pembahagi jalan, 3 maut tersepit

 Semua mangsa meninggal dunia di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara.

kemalangan
Bomba mengambil masa sejam untuk mengeluarkan tiga mayat. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
 Tiga maut akibat tersepit susulan nahas di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah utara, berhampiran susur keluar Balakong, awal pagi tadi.

Bomba berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.57 pagi melibatkan sebuah kereta dipercayai terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan.

Setibanya di lokasi pada 6.07 pagi, pasukan bomba mendapati tiga lelaki tersepit dalam kenderaan tersebut.

Menurut Berita Harian, bomba mengambil masa kira-kira satu jam mengeluarkan mangsa.

Operasi ditamatkan pada 7.29 pagi dengan kes diserahkan kepada polis bagi tindakan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.