`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, May 3, 2025

Pekerja Myanmar ditemui mati ditikam

 Mayat mangsa ditemui berlumuran darah di bilik asrama pekerja di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pagi tadi.

Helmi Aris
Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Helmi Aris berkata polis menahan 11 rakan mangsa dan memburu beberapa lagi termasuk suspek utama yang disyaki sudah melarikan diri. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati akibat ditikam di kepala di sebuah bilik asrama pekerja di kawasan Industri Ringan Asas Jaya, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pagi tadi.

Ketua Polis Seberang Perai Tengah, Helmi Aris berkata polis menerima maklumat memaklumkan terdapat seorang lelaki warga asing dalam keadaan terbaring berlumuran darah, di bilik asrama itu pada 9.20 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa yang berusia lingkungan 30-an itu, merupakan pekerja di kilang sebuah kilang barangan terpakai.

“Setakat ini polis telah menahan 11 warga asing yang tinggal di situ, bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan menurut Bernama.

Katanya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan namun polis tidak menolak kemungkinan berlaku pergaduhan antara mereka awal pagi tadi.

Beliau berkata polis juga masih mengesan beberapa rakan mangsa yang lain, termasuk suspek utama yang dipercayai telah melarikan diri selepas kejadian tersebut.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.