`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, May 14, 2025

PRN Sabah: MCA kini tuntut 3 kerusi selepas sah kerjasama PH-BN

 MCA sasar kerusi Segama, tak tuntut tiga kerusi dimenangi PH menerusi DAP pada PRN 2020.

Teah Heok Kuin berkata kerusi DUN Segama disandang Mohamaddin Ketapi jadi sasaran utama MCA Sabah untuk ditandingi.
PETALING JAYA:
 MCA mengurangkan tuntutan untuk bertanding enam kerusi kepada tiga susulan kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada PRN Sabah, kata Ketuanya Teah Heok Kuin.

Teah berkata pertimbangan itu sebagai menghormati kerjasama terbabit di mana tiga kawasan terbabit dimenangi oleh DAP pada PRN, hampir lima tahun lalu.

Kerusi terbabit adalah Kapayan, Likas dan Elopura. Bagaimanapu, Adun Elopura Calvin Chong mengumumkan keluar DAP pada Januari 2022 untuk menyertai Warisan.

Menurut Teah, MCA kini meminta peluang bertanding di Segama yang menjadi keutamaannya diikuti Tanjong Kapor dan Karamunting.

“Kita pilih segama selepas ambil kira potensi calon menang.

“Kalau rakan komponen BN lain juga mahu letak calon kita boleh runding tengok siapa boleh menang,” katanya yang juga ketua MCA Lahad Datu kepada FMT.

Sebagai rekod, kerusi Segama disandang bekas menteri pelancongan, seni dan budaya Mohamaddin Ketapi atas tiket Warisan pada PRN 2020.

Bagaimanapun, setahun kemudiannya beliau menyertai Bersatu dan Umno pada Ogos 2022.

Jumaat lalu, BN dan PH mengumumkan kerjasama untuk berdepan PRN Sabah.

Namun Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga pengerusi PH mencadangkan kerjasama turut membabitkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.