`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, May 28, 2025

Rokok tak bercukai lebih RM2 juta dirampas

 PGA rampas 6,100 karton rokok pelbagai jenama dari selatan tanah air untuk pasaran utara.

rampasan rokok
Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Shahrum Hashim berkata rokok berkenaan dirampas dekat susur keluar persimpangan Jambatan Pulau Pinang. (Gambar Facebook)
IPOH:
 Batalion 2 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kulim berjaya merampas 6,100 karton rokok pelbagai jenama disyaki tidak bercukai bernilai lebih RM2 juta.

Komander Briged Utara PGA Ulu Kinta, Shahrum Hashim berkata operasi itu dilaksanakan di KM139.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar persimpangan Jambatan Pulau Pinang.

“Hasil soal siasat mendapati bekalan rokok dibawa dari selatan tanah air untuk diedarkan bagi pasaran negeri di utara.

“Pihak Cawangan Risik Batalion 2 PGA telah berjaya mengesan pergerakan aktiviti dan modus operandi yang digunakan dalam membawa muatan rokok sebelum diedarkan kepada pihak peniaga sejak sebulan lepas,” menurutnya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.