`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Sunday, May 18, 2025

Tunggakan sewa PPR, perumahan awam DBKL cecah RM70 juta

 Tunggakan itu beri kesan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan untuk masyarakat.

DBKL ambil beberapa langkah bagi mengurangkan tunggakan antaranya anjur program advokasi kewangan dan mewujudkan pelan rundingan pembayaran untuk penyewa. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Tunggakan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) kendalian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kini mencecah RM70 juta.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Maimunah Mohd Sharif berkata tunggakan itu memberi kesan terhadap penyelenggaraan dan pengurusan kemudahan untuk masyarakat di kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan berkenaan.

Beliau berkata DBKL mengambil beberapa langkah bagi mengurangkan tunggakan antaranya mengunci bekalan air, mengeluarkan notis, menganjurkan program advokasi kewangan dan mewujudkan pelan rundingan pembayaran untuk penyewa.

“Langkah ini penting supaya hasil kutipan sewa dapat dikembalikan kepada penduduk dalam bentuk perkhidmatan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Program Kesejahteraan Komuniti Bandar Selamat ‘PPR Bestari’.

Maimunah juga berkata DBKL sedang mempertimbang untuk menjual unit-unit PPR dan PA kepada penyewa yang mempunyai kemampuan kewangan.

“Memang pada 2015 telah ada satu keputusan untuk membekukan (penjualan) namun saya telah melihat semula keputusan itu dan jika penyewa betul-betul ada kemampuan, kita boleh menjualnya,” katanya.

Terdahulu, beliau menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh orang ramai ketika sesi dialog awam dalam program itu, antaranya berhubung isu sampah, trafik dan penyalahgunaan dadah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.