`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, October 29, 2025

Cadangan pemilik anjing wajib ambil insurans dikemuka ke negeri

Menteri Nga Kor Ming kata cadangan itu bagi memupuk tanggungjawab sosial dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan.

Nga Kor Ming
Cadangan mewajibkan pemilik anjing ambil insurans liabiliti dipercayai boleh bantu tangani isu melibatkan anjing liar dan anjing milik persendirian yang sukar dikawal, kata Menteri Nga Kor Ming. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Cadangan mewajibkan pemilik anjing mengambil insurans liabiliti minimum akan dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk pertimbangan sewajarnya, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.

Beliau berkata langkah yang dicadangkan oleh Mohd Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) itu bagi memupuk tanggungjawab sosial dalam kalangan pemilik haiwan peliharaan, dan boleh membantu menangani isu melibatkan anjing liar dan anjing milik persendirian yang sukar dikawal.

“KPKT amat cakna dengan isu haiwan terbiar melibatkan anjing, kucing dan haiwan peliharaan lain termasuk lembu dan kerbau yang merayau di jalan dan tempat awam.

“Isu ini memberi kesan kepada kacau ganggu, ancaman keselamatan dan kesejahteraan masyarakat,” katanya semasa sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat.

Nga berkata pada masa ini pengurusan dan pengawalan haiwan terbiar dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berdasarkan kepada Undang-undang Kecil (UUK) Pelesenan Anjing dan UUK Pelesenan Haiwan Ternakan dan Haiwan Merayau.

Katanya, UUK ini memberikan punca kuasa kepada PBT untuk melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana haiwan yang tidak dilesenkan atau berkeliaran bebas di tempat awam.

“Bagi memastikan keberkesanan pengurusan haiwan terbiar termasuk anjing, kucing, lembu, kambing dan lain-lain haiwan peliharaan, PBT turut melaksanakan pendekatan tangkapan, tuntutan semula, serahan kepada NGO, pengambilan angkat (adopsi) serta pelupusan berkonsepkan kaedah TRRD (trap, reclaim, rehome and dispose),” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.