Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad memaklumkan keputusan berkaitan penutupan institusi pendidikan terletak di bawah KPM namun KKM akan terus memberi panduan kesihatan awam.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memaklumkan keputusan berkaitan penutupan institusi pendidikan terletak di bawah KPM namun KKM akan terus memberi panduan kesihatan awam serta pemantauan ketat terhadap situasi semasa.

“Andainya kalau perlu, saya akan berbincang dengan Menteri KPM untuk menentukan sama ada tindakan-tindakan selanjutnya diperlukan.
“Hal penutupan sekolah semua itu (di bawah kuasa) KPM namun kami sentiasa memberikan bimbingan… yang bergejala, jangan datang ke sekolah,” katanya selepas pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat.
Beliau mengulas laporan sebanyak 97 kluster jangkitan influenza A dan B dilaporkan pada Minggu Epidemiologi (ME) 40/2025, berbanding 14 kluster minggu sebelumnya, dengan majoriti melibatkan institusi pendidikan.
KKM memaklumkan semua negeri melaporkan peningkatan, dengan lima negeri tertinggi ialah Selangor sebanyak 43 kluster, Kuala Lumpur dan Putrajaya (15 kluster), Pulau Pinang (10 kluster), Johor (sembilan kluster) dan Kedah (lima kluster).
Majoriti kluster dilaporkan berlaku di sekolah menengah iaitu 32 kluster, sekolah rendah (26), tadika (15) dan sekolah swasta (sembilan). - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.