`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, October 10, 2025

Produk, pengalaman unik penentu siapa ‘menang besar’ 2026, kata persatuan pelancongan

 Pelepasan cukai diberi kerajaan kepada individu berkunjung ke pusat pelancongan tempatan langkah bijak sempena Tahun Melawat Malaysia tahun depan.

langkawi
Pengasas Gabungan Penggiat Pelancongan Dalam Negara, Uzaidi Udanis, berkata kini cabaran bukan lagi menunggu pelancong datang, tetapi kemampuan mendigitalkan operasi dan pemasaran terus kepada dunia. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Pemain industri tempatan yang berupaya menyediakan produk dan pengalaman unik akan menjadi ‘pemenang terbesar’ tahun depan susulan langkah kerajaan memberi pelepasan cukai kepada individu melancong dalam negara.

Pengasas Gabungan Penggiat Pelancongan Dalam Negara, Uzaidi Udanis, berkata peruntukan melebihi RM700 juta serta pelepasan cukai diumumkan kerajaan pada Belanjawan 2026 menunjukkan pengiktirafan terhadap industri pelancongan sebagai pemacu utama ekonomi rakyat.

“Pengumuman itu adalah langkah bijak untuk menggalakkan rakyat melancong dalam negara.

“Kini cabarannya bukan lagi menunggu pelancong datang, tetapi bagaimana penggiat industri boleh mencipta produk baharu, mendigitalkan operasi, dan memasarkan terus kepada dunia.

“Siapa bersedia dengan produk, digital platform dan pengalaman unik, dialah yang akan menang besar masa Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya kepada FMT.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026 hari ini mengumumkan pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan.

Anwar yang juga menteri kewangan, berkata inisiatif itu bertujuan menggalakkan rakyat melancong dalam negara sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 yang mensasarkan 47 juta pelawat, sekali gus menjana pendapatan pelancongan sehingga RM329 bilion.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga menyediakan lebih RM700 juta bagi merancakkan sektor pelancongan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.