Polis berkata hasil semakan rakaman CCTV mendapati seorang kanak-kanak lelaki berpakaian seragam sekolah bersama seorang wanita meletak objek itu sebelum beredar.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Kasim Muda, berkata hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang kanak-kanak lelaki berpakaian seragam sekolah bersama seorang wanita meletak objek berkenaan sebelum beredar.
Menurutnya, unit pemusnah bom (UPB) dari Jabatan Siasatan Jenayah IPK Sabah dipanggil ke lokasi untuk pemeriksaan lanjut yang mendapati objek itu bukan bahan letupan.
“Kawalan keselamatan dilaksanakan di kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan awam terjamin,” katanya menurut Berita Harian.
KKIA gempar susulan penemuan satu objek hitam menyerupai bom tangan atas tiang penghadang dekat pintu masuk Balai Pelepasan Domestik dan Antarabangsa kira-kira 1.40 tengah hari tadi.
Penemuan itu dimaklumkan segera kepada pihak keselamatan KKIA yang bertindak mengosongkan kawasan terbabit bagi memastikan keselamatan penumpang dan orang awam terjamin.
Kasim menasihatkan orang ramai tidak meninggalkan objek mencurigakan di tempat awam yang boleh menimbulkan kegusaran kepada masyarakat.
“Polis turut menzahirkan penghargaan kepada orang awam dan pengurusan KKIA atas keprihatinan serta kerjasama dalam memastikan keselamatan awam sentiasa terpelihara,” katanya sambil menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.