`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, October 12, 2025

‘Lesen bukan tiket jadi raja jalanan’, kata JPJ

Timbalan Pengarah JPJ Sarawak Nor Azlan Ibrahim berkata lesen memandu adalah amanah dan simbol kepercayaan bukan lesen bebas untuk menunggang motosikal sesuka hati.

Timbalan Pengarah JPJ Sarawak Nor Azlan Ibrahim dalam Majlis Penutupan Program MyLesen Kelas B2 peringkat DUN Nangka 2025 di Dewan Universiti Teknologi Sarawak. (Gambar Bernama) 
SIBU:
 Peserta Program Bantuan Lesen Memandu (MyLesen) Kelas B2 diingatkan tidak menyalahgunakan lesen diterima sebagai ‘tiket’ untuk menjadi raja jalanan atau terlibat dalam aktiviti lumba haram.

Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Nor Azlan Ibrahim, berkata lesen memandu adalah amanah dan simbol kepercayaan, bukan lesen bebas untuk menunggang motosikal sesuka hati atau melakukan ubah suai haram.

“Lesen ini bukan kampu hijau untuk berlumba, menunggang secara berbahaya atau mengubah suai motosikal secara haram atau tanpa cukai jalan. Kita tidak mahu anak muda yang diberi peluang akhirnya terjebak dalam kancah kebinasaan,” katanya pada Majlis Penutupan Program MyLesen Kelas B2 peringkat DUN Nangka 2025 di Dewan Universiti Teknologi Sarawak (UTS).

Beliau mengingatkan keseronokan sementara boleh membawa padah, termasuk kecederaan, kehilangan nyawa dan tindakan undang-undang.

Nor Azlan turut menegaskan, JPJ tidak teragak-agak membatalkan lesen MyLesen jika penerima terbabit lumba haram atau aktiviti rempit.

Seramai 1,114 peserta daripada golongan B40 DUN Nangka menyertai program itu yang disempurnakan Setiausaha Politik Premier Sarawak, Sayed Azmee Wan Junaidi mewakili Adun Nangka, Annuar Rapaee. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.