Antara laluan ditutup termasuk di Jalan Seksyen 19, Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23 serta Persiaran Jubli Perak.

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memaklumkan polis menutup laluan di Jalan Seksyen 19, Seksyen 24 menghala ke Seksyen 23, Persiaran Jubli Perak dan Persiaran Perusahaan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
Selain itu, Jalan Persiaran Jubli Perak berhadapan bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor di Seksyen 17 turut ditutup selepas dinaiki air.
“Orang ramai dinasihatkan berhati-hati, menggunakan laluan alternatif serta mematuhi arahan pihak berkuasa,” katanya di Facebook.
Terdahulu dilaporkan hujan lebat berterusan menyaksikan beberapa lokasi di daerah ini dinaiki air, termasuk Taman Desa Kemuning, Seksyen 35, Kampung Budiman, Seksyen U14, Persiaran Jubli Perak, Seksyen 19, Taman Seri Muda serta Padang Jawa, Seksyen 16.
Menurut MBSA, sebagai langkah keselamatan, anggota Pasukan Pantas turut menjalankan pemantauan di beberapa kawasan tumpuan banjir seperti Sungai Damansara, Seksyen 13, dan pemeriksaan mendapati berlaku kenaikan paras air tetapi pam berfungsi dengan baik.
Untuk sebarang kecemasan atau bantuan segera akibat banjir, orang ramai diminta menghubungi Pasukan Pantas di talian 03-55105811
Setakat 3.30 petang tadi, 327 mangsa daripada 109 keluarga di lima daerah terjejas di Selangor ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS). - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.