Layari FMT untuk mengikuti perkembangan secara langsung PRN Sabah ke-17.

PETALING JAYA: Proses pengundian bagi PRN Sabah ke-17 tamat selepas semua pusat mengundi di negeri itu yang kebanyakannya dibuka pada 7.30 pagi ditutup 5 petang tadi.
Seramai 1,784,843 pengundi berdaftar tersenarai dalam daftar pemilih bagi pilihan raya kali ini.
Sebanyak 23 parti bertanding termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Warisan.
Turut serta Perikatan Nasional (PN), Upko, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Maju Sabah (SAPP).
Ikuti laporan FMT yang dibawakan wartawan Nora Mahpar dan Eilill Easwaran serta jurugambar Muhammad Rabbani Jamian dan Mohd Afizi Ismail.
- Rundingan sedang berjalan dalam kalangan parti yang memperoleh kerusi dengan wakil rakyat bebas. Kerajaan dijangka terbentuk pada pagi nanti. FMT mengakhiri laporan dengan kemas kini ini.
- RASMI – Calon bebas, Jordan Jude Ellron, menang di DUN Tulid.
- RASMI – GRS menang di Tanjung Batu, Kawang dan Limbahau.
- RASMI – Shafie Apdal (Warisan) kekal di Senallang dengan majoriti 6,837 undi.
- RASMI – STAR menang DUN Bingkor.
- RASMI – Bung Moktar Radin daripada BN berjaya mempertahankan DUN Lamag dengan kelebihan 153 undi.
- RASMI – Warisan menang di DUN Sungai Sibuga, menewaskan BN dan pencabar lain dengan kelebihan 88 undi.
- RASMI – Presiden STAR Jeffrey Kitingan kekal di Tambunan dengan majoriti 7,311 undi.
- RASMI – GRS menang di DUN Pantai Manis.
- RASMI – Hazem Mubarak Musa, anak TYT Sabah Musa Aman menang di Sungai Manila.
- RASMI – Warisan menang di Gum-Gum.
- RASMI – GRS (Joachim Gunsalam) menang di Kundasang.
- Adun Upko ‘tetap sokong’ Hajiji, kata sumber.
- RASMI – Warisan menang di Karamunting, Tanjong Papat, Elopura dan Sri Tanjong.
- RASMI – GRS menang di DUN Apas.
- RASMI – Upko menang di DUN Tamparuli menerusi Wilfred Madius Tangau.
- RASMI – KDM menang di DUN Paginatan.
- RASMI – GRS pertahan DUN Kemabong dengan majoriti 2,129 undi.
- BN sedia kerjasama dengan parti sehaluan bagi membentuk kerajaan baharu untuk kestabilan politik Sabah.
- RASMI – GRS menang di DUN Balung.
- RASMI – Hajiji Noor daripada GRS pertahan kerusi DUN Sulaman dengan majoriti 8,919 undi.
- RASMI – Warisan menang di DUN Sindumin, menewaskan Yamani Hafez Musa yang bertanding atas tiket PH. Yamani anak kepada Yang di-Pertua Negeri, Musa Aman.
- RASMI – GRS menang di Tanjong Kapor.
- RASMI – BN (Arthur Joseph Kurup) menang di DUN Sook.
- RASMI – BN pertahan DUN Sukau.
- TAK RASMI – Warisan (Muhammad Abdul Karim) menang di DUN Segama, menewaskan calon bebas, Mohamaddin Ketapi, antara lain. Pada 2020, Mohamaddin menang di kerusi ini atas tiket Warisan.
- RASMI – GRS menang di Tanjong Kapor dan Nabawan.
- TAK RASMI – Warisan berjaya pertahan DUN Tungku.
- TAK RASMI – Warisan (Edna Jessica Majimbun) menang di DUN Inanam, menewaskan Peto Galim dari PH dan Kenny Chua dari STAR. Pada 2020, Peto menang kerusi ini atas tiket PKR.
- TAK RASMI – Warisan (Azhar Matussin) kekal di Darau selepas menewaskan Razali Razi (GRS).
- TAK RASMI – PH kalah di Api-Api kepada Warisan. Pada PRN 2020, kerusi itu dimenangi PH menerusi Christina Liew.
- TAK RASMI – Warisan menang di DUN Karamunting, menewaskan George Hiew yang bertanding atas tiket PH. Pada 2020, Hiew menang di kerusi ini atas tiket Warisan.
- TAK RASMI – Warisan berjaya mempertahankan di DUN Gum-Gum.
- TAK RASMI – Upko rampas DUN Moyog daripada Warisan. Timbalan Presiden Donald Peter Mojuntin menewaskan Naib Presiden Terrence Siambun.
- RASMI – PH (Jamawi Jaafar) menang di DUN Melalap.
- RASMI – Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun pertahan DUN Karanaan.
- TAK RASMI – Upko (Wilfred Madius Tangau) menang di DUN Tamparuli. Pada 2020, PBS menang kerusi ini.
- TAK RASMI – STAR menang di DUN Bingkor. Pada 2020, Bersatu menang di kerusi ini.
- Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh, mendakwa Pengerusi GRS Hajiji Noor peroleh bilangan mencukupi untuk membentuk kerajaan Sabah yang baharu.
- TAK RASMI – Warisan (Sarifuddin Hatta) berjaya pertahan Merotai, menewaskan Ruji Ubi daripada PH, antara lain.
- TAK RASMI – GRS (Julita Majungki) menang di DUN Metunggong, menewaskan Wetrom Bahanda daripada KDM, antara lain. Pada 2020, Julita menang di kerusi ini atas tiket PBS.
- TAK RASMI – GRS menang di DUN Tanjung Keramat. Pada 2020, BN menang di kerusi ini.
- TAK RASMI – Calon bebas, Maijol Mahap, menang di DUN Bandau, meneaskan Redonah Bahanda dari GRS. Pada 2020, abang Redonah, Wetrom Bahanda, menang di kerusi ini atas tiket PN.
- TAK RASMI – KDM menang di DUN Paginatan, menewaskan Abidin Madingkir yang bertanding atas tiket GRS. Pada 2020, Abidin menang di kerusi ini atas tiket STAR.
- TAK RASMI – GRS (Joniston Bangkuai) menang di DUN Kiulu. Pada 2020, Joniston menang di kerusi ini atas tiket PBS.
- TAK RASMI – GRS (Ben Chong) menang di DUN Tanjong Kapor dalam pertandingan 11 penjuru. Pada 2020, Ben menang di kerusi ini atas tiket Warisan.
- TAK RASMI – Jasnih Daya (GRS) menang DUN Pantai Dalit. Jasnih menang kerusi itu pada 2020 atas tiket BN.
- Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi (BN) mendahului DUN Liawan, tinggal 10 saluran undi belum dikira.
- TAK RASMI – GRS menang di Pitas, Tempasuk, Kundasang, Kuala Penyu, Lumadan dan Karanaan.
- TAK RASMI – Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah Dr Joachim Gunsalam pertahan kerusi Kundasang, beliau mewakili Gabungan Rakyat Sabah.
- TAK RASMI – Calon bebas Fairuz Renddan dilapor menewaskan Pandikar Amin Mulia dari GRS di Pintasan. Pada 2020, Fairuz juga menewaskan Pandikar untuk menang kerusi itu. Fairuz adalah bekas ketua Pemuda Gagasan Rakyat.
- Jamal Norubit, pegawai Zahid Hamidi kalah di Kawang kepada penyandang Ghulam Haidar Khan Bahadar dari Gabungan Rakyat Sabah.
- TAK RASMI – PH (Yamani Hafez Musa) menang di DUN Sindumin, dalam pertandingan 10 penjuru. Pada 2020, Warisan menang di kerusi ini. Yamani adalah anak kepada Yang di-Pertua Negeri, Musa Aman.
- TAK RASMI – Jamawi Jaafar dari PH menang di Melalap, tewaskan Priscella Peter, anak kepada penyandang kerusi itu.
- TAK RASMI – Jeffrey Kitingan (STAR) pertahan DUN Tambunan. Beliau menang kerusi itu pada 2020.
- TAK RASMI – Warisan (Yusof Apdal) menang di DUN Silam, lapor NST. Pada 2020, Warisan menang kerusi ini.
- Warisan mendahului di Karamunting dengan kira-kira 3,900 undi.
- TAK RASMI – Warisan menang di DUN Sebatik.
- TAK RASMI – Calon bebas, Rina Jainal, menang di DUN Kukusan. Pada 2020, Rina menang kerusi ini atas tiket Warisan, dan kemudian menyertai PHRS.
- GRS (Shah Alfie Yahya) mendahului di Tanjung Keramat, mengatasi BN dengan lebih 3,000 undi. Pada 2020, BN menang di kerusi ini. Alfie adalah adik kepada Shahelmey Yahya.
- TAK RASMI – GRS (Isnin Aliasnih) menang di DUN Klias. Pada 2020, Isnin menang di kerusi ini atas tiket PN.
- TAK RASMI – Calon bebas Awang Ahmad Sah Sahari menang DUN Petagas, menewaskan abangnya, Awang Husaini daripada PH. Pada 2020, Awang Ahmad menang kerusi itu atas tiket Warisan sebelum menyokong GRS.
- Aliakbar Gulasan mendahului pertembungan di DUN Karambunai dengan lebih 2,000 undi.
- Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Mohd Ali umum parti itu menang Kawang, Pantai Manis dan Limbahau, semua DUN bawah Parlimen Papar.
- TAK RASMI – Warisan menang di DUN Sulabayan.
- TAK RASMI – GRS menang di DUN Tanjung Batu. Pada 2020, BN menang di kerusi ini.
- TAK RASMI – BN menang di lapan kerusi – DUN Lamag, Usukan, Kunak, Sook, Sukau, Bongawan, Sekong dan Tempasuk.
- TAK RASMI – BN menang di Bongawan menewaskan calon GRS, Anifah Aman, lapor Bernama.
- TAK RASMI – Arthur Kurup (BN) menang di Sook.
- TAK RASMI – PH tewas di DUN Kapayan, apabila Jannie Lasimbang tumbang di tangan Warisan. Pada 2020, PH menang di kerusi ini.
- TAK RASMI – Salleh Said Keruak (BN) menang kerusi Usukan.
- TAK RASMI – GRS menang DUN Balung dalam pertandingan 11 penjuru.
- PH (Jannie Lasimbang) ketinggalan di Kapayan. Calon Warisan mendahului dengan lebih 1,220 undi. Pada 2020 DAP menang kerusi ini.
- TAK RASMI – Setakat 7 malam GRS menang 21 DUN, Warisan (11), BN (3).
- Warisan (Samuel Wong Tshun Chuen) mendahului di Luyang. Warisan menang kerusi itu pada 2020.
- TAK RASMI – BN menang di DUN Kunak, menewaskan Norazlinah Arif yang mempertahankan kerusi ini atas tiket GRS. Pada 2020, Warisan menang di kerusi ini.
- Warisan (Justin Wong) mendahului di Sri Tanjong. Warisan menang kerusi itu pada 2020.
- TAK RASMI – Upko menang di DUN Kadamaian menerusi Presiden Ewon Benedick. Pada 2020, Upko menang di kerusi ini.
- TAK RASMI – Warisan menang di DUN Likas, menumbangkan PH. Pada 2020, PH menang di kerusi ini.
- PH ketinggalan di DUN Likas, di belakang Warisan yang mendahului dengan lebih 1,500 undi. Pada 2020, PH menang di sini.
- TAK RASMI – GRS menang di DUN Labuk.
- TAK RASMI – BN (Jafry Ariffin) menang di DUN Sukau. Pada 2020, BN menang di kerusi ini.
- TAK RASMI – Warisan menang di DUN Senallang menerusi Presiden Shafie Apdal.
- TAK RASMI – Pengerusi PN Sabah Ronald Kiandee tewas di Sugut kepada calon GRS James Ratib.
- BN menang di Sekong, menewaskan Diana Diego @ Yusrina Sufiana daripada GRS yang juga isteri kepada Pandikar Amin Mulia. Pada 2020, kerusi itu dimenangi Warisan.
- TAK RASMI – Warisan menang di Elopura, Tanjung Aru, Tanjong Papat, Luyang, Bugaya dan Sri Tanjong.
- GRS (Amirshah Yaakub) mendahului di Sungai Sibuga. BN menang kerusi itu pada 2020.
- TAK RASMI: GRS menang sembilan kerusi, merangkul Kuamut, Banggi, Pintasan, Membakut, Karanaan, Kemabong, Sungai Manila and Apas, serta Sulaman menerusi Pengerusi Hajiji Noor.
- BN berjaya mempertahankan Lamag menerusi Bung Moktar Radin.
- Warisan (Junz Wong) mendahului di Tanjung Aru dengan kira-kira 800 undi. Pada 2020, Warisan menang di sini.
- GRS (Samad Jambri @ Jamri) mendahului di Labuk. PN menang kerusi itu pada 2020.
- GRS (Hazem Mubarak Musa) mendahului di Sungai Manila. BN menang kerusi itu pada 2020.
- TAK RASMI – GRS (Masiung Banah) menang di DUN Kuamut. Pada 2020, Masiung menang di sini sebagai calon bebas.
- TAK RASMI – Warisan menang di DUN Bugaya. Pada 2020, Warisan menang di sini.
- TAK RASMI – GRS (Arifin Arif) menang di DUN Membakut. Pada 2020, PN menang di sini.
- GRS mendahului di Telupid dengan lebih 1,000 undi. Pada 2020, PBS menang di kerusi ini.
- TAK RASMI – Calon GRS Masiung Banah kekalkan kemenangan di DUN Kuamut.
- BN (Jafry Ariffin) mendahului di Sukau. BN menang kerusi itu pada 2020.
- GRS (James Ratib) mendahului persaingan di DUN Sugut dengan lebih 2,100 undi, ditentang PN (Ronald Kiandee). Pada 2020, Ratib menang di sini atas tiket BN.
- BN (Bung Moktar Radin) mendahului di Lamag. BN menang kerusi itu pada 2020.
- BN mendahului di Sukau dengan lebih 1,990 undi. Pada 2020, BN menang di kerusi ini.
- BN (Mohd Zharif Aizat Samsudin) mendahului di Sekong. Warisan menang kerusi itu pada 2020.
- TAK RASMI – GRS (Pandikar Amin Mulia) menang di DUN Pintasan. Pada 2020, GRS menang kerusi ini.
- GRS mendahului di Sulaman, Karanaan, Kemabong, Sungai Manila, dan Apas. GRS menang di Sulaman, Karanaan dan Apas ada 2020, manakala BN sedang pertahan Sungai Manila.
- GRS (Pandikar Amin Mulia) mendahului di Pintasan. PN menang kerusi itu pada pada 2020.
- Warisan (Justin Wong) mendahului di Sri Tanjong. Pada 2020, Wong menang atas tiket DAP.
- TAK RASMI – GRS menang di DUN Banggi menerusi Mohammad Mohamarin, dalam pertandingan 12 penjuru.
- Bekas pemain bola sepak Sabah Jekerison Kilan dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) mendahului di Nabawan. Jekerison menerima 70 undi, BN (62), GRS (48), Warisan (6), Upko (5), STAR (3), PN (1).
- Yamani Hafez Musa dari PH mendahului di DUN Sindumin.
- GRS (Rubin Balang) mendahului persaingan di Kemabong, dalam pertandingan dengan PH (Noorita Sual). GRS peroleh 446 undi manakala PH raih 434 undi. Pada 2020, Rubin menang sebagai calon bebas.
- FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.