`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Saturday, November 29, 2025

PM menghadap Agong, pemangku Sultan Johor bincang ekonomi negara

Sesi menghadap selepas Majlis Pelancaran Maharani Freeport di Tanjung Emas turut sentuh keperluan memastikan keseimbangan kemajuan antara negeri terus dipelihara.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan merasmikan Maharani Freeport sambil diperhatikan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kompleks Maharani Energy Gateway , Tanjung Emas hari ini. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
 Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, bagi bertukar pandangan mengenai perkembangan ekonomi negara dan prospek pembangunan Johor.

Anwar menerusi hantaran di Facebook berkata, sesi menghadap itu yang diadakan selepas Majlis Pelancaran Maharani Freeport di Tanjung Emas, Muar, turut menyentuh mengenai keperluan untuk memastikan keseimbangan kemajuan antara negeri terus dipelihara.

“Saya turut berkongsikan komitmen kerajaan Madani dalam memperkukuh daya saing negara, agar setiap inisiatif pembangunan mampu memberikan limpahan manfaat yang benar-benar dirasai rakyat di seluruh pelosok tanah air,” katanya.

Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat merasmikan pelabuhan bebas cukai tenaga pertama negara Maharani Freeport di Kompleks Maharani Energy Gateway (MEG), di Tanjung Emas, Muar. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.