Pesuruhjaya PAS Sabah Aliakbar Gulasan berada di landasan untuk memenangi kerusi Karambunai bagi parti Islam itu.

Pesuruhjaya PAS Sabah, Aliakbar Gulasan, berada di landasan untuk memenangi kerusi Karambunai bagi parti Islam itu dalam PRN ke-17. Beliau juga kali pertama bertanding dalam pilihan raya.
Aliakbar sebelum ini mencipta sejarah selepas PRN 2020 apabila menjadi wakil PAS pertama di Sabah, walaupun ketika itu beliau hanya Adun lantikan oleh kerajaan negeri.
Bekas pensyarah Universiti Malaysia Sabah itu berketurunan Pakistan-Murut dan memiliki ijazah doktor falsafah dalam bidang geografi bandar dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Walaupun PAS sudah lama bertapak di Malaysia Timur, parti itu tidak pernah berjaya memenangi sebarang kerusi Parlimen atau DUN di Sabah atau Sarawak sehingga kini.
PAS meletakkan lima lagi calon di Petagas, Tanjung Batu, Balung, Merotai dan Kunak, namun semuanya dijangka tewas. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.