`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Saturday, November 8, 2025

Mangsa banjir Kedah meningkat sedikit

Seramai 17 orang daripada enam keluarga dari Kuala Muda ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara berbanding 10 mangsa daripada enam keluarga semalam.

Jumlah mangsa banjir di Kedah menunjukkan sedikit peningkatan kepada 17 berbanding 10 mangsa semalam. (Gambar APM Kedah)
ALOR SETAR:
 Jumlah mangsa banjir di Kedah, bertambah sedikit apabila 17 orang daripada enam keluarga dari daerah Kuala Muda ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS), berbanding 10 mangsa, juga daripada enam keluarga semalam.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Kedah memaklumkan kesemua mangsa itu ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Belah yang dibuka tengah hari semalam

“Kesemua mangsa dari Mukim Sungai Petani itu adalah dari Kampung Bukit Belah,” menurut kenyataan berkenaan.

Sementara itu, laman web rasmi Public Infobanjir melaporkan Sungai Titi Kerbau dekat Pendang telah melebihi tahap bahaya, iaitu 4.62 meter (m), manakala Sungai Laka dekat Kubang Pasu melebihi tahap amaran (21.55 m). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.