MBPP dimaklumkan secara lisan punca pergaduhan akibat perselisihan faham antara tiga pembantu gerai sehingga timbul kacau ganggu peniaga lain dan pelanggan.

MBPP memaklumkan tindakan itu diambil selepas menerima surat penjelasan bagi notis representasi dan rayuan daripada pemilik gerai di sana berhubung pergaduhan membabitkan pembantu gerai.
“MBPP pada mulanya membatalkan lesen ketiga-tiga pelesen terlibat pergaduhan itu, namun selepas menerima surat penjelasan bagi notis representasi dan rayuan daripada mereka, termasuk hadir ke sesi rayuan bagi peruntukan semula lesen di kompleks itu semalam (kelmarin), pihaknya meneliti rayuan.
“Justeru, MBPP memutuskan seorang peniaga diperuntukkan semula lesen, manakala dua lagi ditolak rayuan dan dikekalkan keputusan menarik semula peruntukan lesen mereka kerana mengancam keselamatan serta keselesaan peniaga dan pelanggan di kompleks berkenaan,” katanya dalam kenyataan semalam.
MBPP berkata, pihaknya dimaklumkan secara lisan punca pergaduhan akibat perselisihan faham antara tiga pembantu gerai di kompleks itu sehingga menimbulkan kacau ganggu terhadap pelesen lain dan pelanggan.
Ia membuat laporan polis berhubung kejadian itu 3 Nov lalu dan siasatan mendapati pergaduhan itu membabitkan kacau ganggu kepada dua pengunjung dan kanak-kanak sehingga mengancam keselamatan mereka.
Menurutnya, insiden itu memberi kesan negatif kepada imej MBPP dan pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan isu pergaduhan, malah akan mengambil tindakan tegas. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.