`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Sunday, November 23, 2025

Pilih kemajuan, bukan slogan, Hajiji seru pengundi

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor berkata pengundi tidak seharusnya terpengaruh dengan slogan-slogan dilaung pembangkang.

hajiji noor
Pengerusi GRS Hajiji Noor secara tersirat mengkritik Warisan berhubung slogan parti itu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor berkata pengundi tidak seharusnya terpengaruh dengan slogan-slogan dilaung pembangkang, menyatakan laungan mereka tidak mencerminkan realiti.

Slogan seperti ‘Selamatkan Sabah’, ‘Kasi Bagus Sabah’ dan ‘Bikin Balik Sabah’ tidak jelas mengenai apa sebenarnya yang ingin diselamatkan, dibaiki atau dibina semula oleh parti-parti ini.

“Sesetengah pihak pernah diberi peluang mentadbir Sabah, namun mereka sekali lagi bertanding dengan slogan ini,” menurut laporan The Borneo Post.

Hajiji secara tersirat mengkritik Warisan berhubung slogan parti itu, mengingatkan bahawa Warisan telah gagal semasa dua setengah tahun memerintah. “Mereka kini berkata ‘Selamatkan Sabah’. Apa yang mereka mahu selamatkan?”

Hajiji berkata pentadbiran GRS lancar pelbagai inisiatif, terutama untuk golongan kurang bernasib baik, yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

Itulah sebabnya seruan pembangkang tidak akan berkesan, kerana rakyat ingin mara, katanya.

Beliau menggesa pengundi memilih “calon yang boleh membawa kemajuan, bukan hanya di peringkat tempatan, tetapi untuk Sabah pada masa depan.”

Minggu lalu, Setiausaha Agung GRS Masidi Manjun mempersoalkan slogan Warisan, bertanya apa yang perlu diselamatkan memandangkan keadaan Sabah kini jauh lebih baik berbanding di bawah pentadbiran Shafie Apdal selama 26 bulan.

Rakyat Sabah akan pergi memilih pada 29 November; sejumlah 596 calon bertanding untuk 73 kerusi DUN. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.