`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Tuesday, December 16, 2025

JPJ sita Lamborghini RM4 juta tiada cukai jalan

Pemilik gagal baharui cukai jalan sejak Disember tahun lalu berjumlah RM35,760.

Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli, berkata 706 kereta mewah disita bernama pic 161225
Ketua Pengarah JPJ Aedy Fadly Ramli berkata 706 kereta mewah disita sejak Op Luxury bermula 1 Julai lalu. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
 Lamborghini Huracan bernilai lebih RM4 juta antara 78 kenderaan mewah disita kerana tidak mempunyai perlindungan insurans dan cukai jalan, susulan pelaksanaan Op Luxury 4.0 di seluruh negara.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Aedy Fadly Ramli, berkata dalam operasi bermula Jumaat hingga semalam, kenderaan mewah berkenaan tidak baharui cukai jalan sejak Disember tahun lalu dengan tunggakan RM35,760.

“Sejak Op Luxury dijalankan pada 1 Julai lepas, sebanyak 706 kenderaan mewah disita dan semuanya disimpan di depoh sitaan JPJ di seluruh negara mengikut Seksyen 64 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta peraturan-peraturan berkaitan,” katanya menurut Bernama pada sidang media di depoh sitaan JPJ Kuala Lumpur.

Aedy Fadly berkata, pihaknya turut mengesan kesalahan lain antaranya tidak mempunyai lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, dan menggunakan nombor pendaftaran kenderaan milik kenderaan lain.

Kenderaan disita hanya boleh dibawa keluar selepas pemilik menyelesaikan saman, memperbaharui cukai jalan serta perlindungan insurans , dan pihak JPJ tidak akan berkompromi terhadap pihak yang culas. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.