`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, December 31, 2025

Majlis penasihat PN hanya simbolik jika 1 parti berkuasa

Penganalisis Mujibu Muis berkata platform itu boleh imbangi dominasi Bersatu dan PAS.

bendera perikatan nasional
PN perlu memilih pengerusi yang baharu susulan peletakan jawatan Muhyiddin Yassin berkuat kuasa, esok. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Cadangan penubuhan majlis penasihat Perikatan Nasional (PN) berisiko menjadi simbolik semata-mata jika kuasa sebenar masih tertumpu kepada satu parti dalam gabungan terbabit, kata penganalisis.

Selain itu, penganalisis berpandangan langkah terbabit hanya bersifat ‘kosmetik’ yang kononnya membuka ruang kepada Gerakan serta Parti Rakyat India Malaysia bersuara, berbanding dominasi PAS serta Bersatu.

Mujibu Muis berkata secara dasarnya cadangan itu boleh dilihat usaha memusatkan rundingan lebih-lebih lagi bagi meredakan ketegangan susulan pengunduran Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi gabungan pembangkang itu.

“Keberkesanan majlis ini bergantung kepada sifat kuasanya.

Mujibu Muis.
Mujibu Muis.

“Jika ia benar-benar berfungsi sebagai platform konsensus antara presiden-presiden parti, maka boleh imbangi dominasi Bersatu dan PAS secara lebih tersusun,” katanya kepada FMT.

Penganalisis dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mengulas laporan FMT yang PAS akan mencadangkan penubuhan majlis penasihat PN bagi memilih pengerusi baharu.

Menurut sumber, majlis itu dicadangkan dianggotai Muhyiddin, Presiden PAS Hadi Awang, Presiden Gerakan Dominic Lau dan Presiden Parti Rakyat India Malaysia P Punithan.

Semalam, Muhyiddin mengumumkan perletakan jawatan pengerusi PN berkuat kuasa esok, menyusuli kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada PAS kepada Bersatu.

Sementara itu, Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri pula berpandangan majlis penasihat itu lebih bersifat kosmetik sekadar menunjukkan semua parti komponen PN ‘semangat’ dan ada mekanisme rundingan melantik pengganti Muhyiddin.

Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri.

“Kritikalnya, majlis penasihat hanya berkesan jika ia benar-benar jadi platform konsensus bukan sekadar alat PAS mengimbangi Bersatu.

“Selain itu pengerusi PN yang bakal dipilih nanti boleh diterima semua pihak dan mampu tarik pengundi atas pagar serta bukan Melayu,” kata perunding kanan Asia Global Consulting itu.

Ariff Aizuddin Azlan
Ariff Aizuddin Azlan.

Ariff Aizuddin Azlan dari UiTM pula menyifatkan cadangan itu sebagai kesungguhan PAS dan Bersatu mengukuhkan kerjasama dan mengelak konflik dalaman.

“Majlis penasihat ini beri gambaran PAS dan Bersatu akan lebih serius termasuk dalam usaha memilih calon pengerusi PN benar-benar berwibawa serta mengelakkan konflik dalaman,” katanya.

Bagaimanapun, Ariff berkata peranan majlis penasihat itu hanya akan berkesan untuk jangka panjang sekiranya diinstitusikan sepenuhnya melalui pindaan perlembagaan PN untuk badan itu diberi ruang dan kuasa mencukupi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.