MetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang serta Terengganu, bermula esok hingga Ahad ini.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), semua PPS yang dibuka itu membabitkan Perlis (15), Perak (14), Selangor (11) dan Pahang (6) manakala masing-masing sebuah di Kelantan, Sabah dan Sarawak, lapor Harian Metro.
Mangsa banjir pula terdiri daripada 966 lelaki dan 1,011 perempuan, manakala 1,078 kanak-kanak, 83 bayi, 403 warga emas dan 84 orang kurang upaya (OKU).
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan hujan berterusan dijangka berlaku di beberapa kawasan di Kelantan, Pahang serta Terengganu, bermula esok hingga Ahad ini.
Ia turut mengeluarkan amaran sama bagi beberapa kawasan di Johor dan Sarawak, mulai Ahad hingga Isnin depan.
Selain itu, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka membadai perairan Perlis dan Kedah serta Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, barat Johor, Terengganu, Sarawak dan Sabah sehingga 10 pagi ini. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.