`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, December 24, 2025

MB Perlis dibenar keluar hospital

Shukri Ramli sebelum ini dilapor terima rawatan di Kuala Lumpur akibat sakit dada.

MB Perlis Shukri Ramli maklum beliau telah dibenarkan keluar hospital petang tadi. (Gambar Facebook Shukri Ramli)
PETALING JAYA:
 Menteri Besar Perlis Shukri Ramli telah dibenarkan keluar hospital petang tadi, setelah dilaporkan menerima rawatan susulan sakit dada sebelum ini.

Perkara itu dimaklumkan beliau menerusi hantaran ringkas di Facebook.

“Alhamdulillah. Saya selamat ‘discharge’ petang tadi. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan saya. Mudahan kita dikurniakan kerahmatan oleh Allah,” katanya.

Shukri sebelum ini dilaporkan menerima rawatan di Kuala Lumpur selepas mengalami sakit dada ketika pulang dari lawatan ke luar negara.

Dalam tempoh beliau berada di hospital, dikatakan timbul pergolakan di Perlis susulan tindakan lapan Adun menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Raja Perlis Jumaat lepas, menyatakan mereka tidak lagi menyokong Shukri.

Keadaan ini dikatakan menggugat majoriti mudah Shukri di DUN yang dikuasai PN untuk terus menjadi menteri besar.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis Shahidan Kassim hari ini menegaskan, tindakan terbabit hanya berkaitan individu, memandangkan tiada sebarang persetujuan rasmi berhubung perkara itu pada peringkat kepimpinan pusat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.