`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Friday, December 5, 2025

Minyak sawit kini komoditi premium, kata ahli ekonomi pertanian

Julian McGill berkata pertumbuhan pengeluaran perlahan sejak 2019 menjadikan pasaran lebih ketat yang mengubah cara industri beroperasi dan dinilai.

KELAPA_SAWIT
Pengurusan ladang berdisiplin mampu tingkat pengeluaran sawit, bukan teknologi semata-mata, menurut Julian McGill.
PETALING JAYA:
 Industri sawit global sedang memasuki era baharu yang lebih mencabar dan berharga tinggi, jauh berbeza daripada label ‘minyak murah’ sebelum ini, menurut pakar ekonomi pertanian, Julian McGill.

McGill berkata landskap pasaran sawit berubah secara mendadak sejak 2019 apabila pertumbuhan pengeluaran dunia terutama di Indonesia merosot daripada kadar pengembangan tradisi.

Julian McGill.
Julian McGill.

“Keadaan itu mengubah segala-galanya,” katanya dalam kenyataan, menegaskan pasaran kini bercirikan kekangan bekalan lebih ketara, tekanan hasil dan kebergantungan pada pengurusan ladang yang lebih berdisiplin.

Menurut McGill, minyak sawit kini secara konsisten didagangkan pada harga lebih tinggi berbanding minyak pesaing, menandakan ia telah beralih kepada komoditi premium.

Jelasnya, harga sekitar RM4,000 satu tan masih dianggap harga lantai yang kukuh.

Bagaimanapun, McGill menambah pasaran ketika ini ‘tidak mempunyai hala tuju’ dan sedang menunggu dua isyarat penting iaitu pelaksanaan mandat biodiesel B50 Indonesia dan keputusan Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (EPA) mengenai piawaian bahan api boleh baharu (RFS).

“Sebaik ia muncul, harga akan bergerak,” katanya sambil menyifatkan harga semasa dilihat sesuai untuk pembeli membuat belian.

Berhubung strategi pelaburan, McGill menegaskan estet berpengeluaran tinggi ‘kekal antara aset terbaik untuk dimiliki namun hasilnya bergantung budaya kerja dan disiplin, bukan teknologi semata-mata.

“Urus tadbir sawit ialah mengurus sistem manusia,” katanya, dengan amaran banyak projek merentas negara gagal kerana tidak memahami norma pekerja tempatan.

Mengulas kritikan pertubuhan bukan kerajaan dari Barat, McGill berkata perkara itu tidak mengubah hakikat bahawa permintaan global terus meningkat.

“Apa yang benar-benar mengubah naratif ialah pertumbuhan bekalan yang semakin perlahan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.