`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, December 23, 2025

ORANG MELAYU MESTI BACA - KES PELAJAR TAHFIZ DIROTAN, DIPUKUL DENGAN HELMET: TAHFIZ JADI MARKAZ LEBAI PSYCHO

 Sekolah tahfiz dan sekolah agama dalam negara kita sudah famous dengan kes amang seksual - liwat, rogol dan cabul yang biasanya melibatkan guru sekolah tahfiz.  Juga kes kematian pelajar di sekolah agama di Sabah yang sekarang sudah menjadi kes basi dan hampir dilupakan. 

Yang latest pula tular video dan berita dua kes sekolah tahfiz - satu di Kedah dan satu lagi di Sabah yang menunjukkan guru tahfiz memukul dan kasari anak murid mereka. 

Kes No 1 - Sekolah tahfiz di Kedah. Ostad psycho tampar dan pukul budak dengan rotan.


Kes No 2 - Sekolah tahfiz di Kota Kinabalu, Sabah. Ostad psycho pukul budak dengan mengguna helmet, tampar dan tendang anak orang macam tendang bola.


Juga link berikut:

https://latestmalaysia.com/2025/12/16/ustaz-students-helmet-sabah/ 

https://www.reddit.com/r/malaysia/comments/1pnpld4/ustaz_assaults_students_with_helmet_in_sabah/

https://youtu.be/jmfhPjzE85A?si=rftnYacsFFhWhUdh

 

MY COMMENTS:

Di sekolah Cina pula mereka mulakan 'paradigm shift' baru (lonjakan paradigma) untuk menggunakan AI atau Artificial Intelligence dalam sistem pengajian bilik darjah. Baru ini sekolah Cina telah mulakan usaha dan kerjasama baru antara sekolah-sekolah Cina, universiti swasta UTAR dan beberapa cendekiawan dan businessman kaum Cina untuk membiayai dan memperkenalkan AI dalam kurikulum pendidikan di sekolah Cina di Malaysia.

 

Gambar bawah: Sekolah Cina fokus AI dalam sistem pelajaran di sekolah. Mereka belanjakan duit, tenaga dan masa untuk menyediakan computer lab dan pelbagai modul pelajaran berasaskan AI atau Artificial Intelligence. 

Tuan-Tuan orang Melayu - cuba fikir baik-baik. Yang mana lebih baik untuk masa depan anak-anak kita - Artificial Intelligence atau No Intelligence? 


Gambar bawah: Pelajar sekolah Cina menghadapi masa depan yang lebih cemerlang, gemilang, terbilang dan TANPA LEBAM.

Dan gambar bawah pula kisahkan berita 24 orang pelajar sekolah Tamil  yang telah menangi 80 hadiah di World Robot Games di Taiwan. Kejayaan mereka termasuk coding atau programming software untuk peralatan robot. 


Malaysian Tamil school students achieved massive success at the World Robot Games (WRG) 2025 in Taiwan (Nov 25-Dec 1), winning over 80 medals across various STEM categories, a historic win showcasing their coding and robotics skills against teams from 10 countries, earning them a hero's welcome back in Malaysia. Guided by Syscore Academy, these 24 students from SJKT (Tamil Primary Schools) and secondary schools demonstrated excellence in STEM, bringing national pride to Malaysia

Bukan saja Sekolah Tamil mendidik anak-anak Tamil dan memberi harapan yang tinggi kepada pelajar mereka tetapi sekolah Tamil juga mengharumkan nama negara kita dengan kejayaaan cemerlang di World Robotics Games di Taiwan. 

Tetapi lihatlah gambar di bawah. Ini adalah keadaan sebahagian daripada sekolah Tamil dalam negara kita. Mereka bersekolah dalam kontena. Jelas sekali sebab tidak cukup 'peruntukan' untuk membina bangunan sekolah yang lebih sesuai. 

Tapi no problem - mereka masih rajin dan tekun belajar. Yang lebih penting adalah guru-guru di sekolah Cina dan sekolah Tamil lebih komited, dedicated, berdisiplin, lebih qualified untuk  mengajar di sekolah.

Jarang kita dengar kes guru di sekolah Cina atau sekolah Tamil terlibat liwat, rogol, cabul, amang seksual, rotan dan pukul pelajar dengan helmet. 

Bagi kedua  guru dan pelajar di sekolah Cina dan sekolah Tamil - sekolah adalah tempat yang sediakan peluang hidup.  Peluang hidup untuk mempelajari ilmu yang berguna untuk membawa kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup kita. Untuk menjadi manusia yang berguna bagi semua orang.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.