`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, February 3, 2026

200 veteran tentera dijangka sertai AKPS suku pertama tahun ini

Menteri KDN berkata, JPA sudah lulus sejumlah perjawatan, proses kemasukan dalam masa terdekat.

angkatan tentera veteran
Pengambilan veteran tentera dalam AKPS akan libat bekas tentera darat, tentera laut dan tentera udara, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail. (Gambar Bernama)
PUTRAJAYA:
 Kira-kira 200 veteran tentera dijangka menyertai Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) bermula suku pertama tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, ketika ini, sejumlah perjawatan veteran tentera bagi kemasukan ke AKPS diluluskan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan proses kemasukan akan dijalankan dalam masa terdekat.

“(Kemasukan) 200 (veteran) bagi permulaan dan saya percaya kalau ini dapat dibuat, ia berbeza dengan kita ambil anggota baharu ataupun kalau kita ambil anggota daripada Jabatan Kastam, Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) atau Jabatan Imigresen.

“(Veteran tentera) ada kemahiran tertentu, idealnya kita harap suku tahun pertama ini kita dapat sempurnakan,” katanya pada sidang media selepas sesi Menteri Dalam Negeri bersama warga AKPS hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Awang Alik Jeman dan Ketua Pengarah AKPS Shuhaily Mohd Zain.

Saifuddin berkata, pengambilan veteran tentera akan melibatkan bekas tentera darat, tentera laut dan tentera udara.

“Mereka aset yang unik … yang akan membantu dari segi sumber manusia AKPS,” katanya.

“Bekas tentera akan bermula dengan umur minimum 38 tahun, sasaran kita mereka masih kemas bertenaga.”

Sebelum ini, Shuhaily berkata, AKPS akan memulakan pengambilan 220 veteran ATM secara berperingkat.

Inisiatif yang diumumkan di bawah Belanjawan 2026 itu akan dilaksanakan melalui kaedah lantikan berasaskan kontrak selepas peruntukan diterima, tambahnya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2026 sebelum ini memaklumkan keutamaan akan diberikan kepada veteran tentera bagi mengisi keperluan tenaga kerja AKPS bagi kesiapsiagaan penuh agensi itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.