Seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis dan 38 pekerja asing gagal kemuka dokumen pengenalan diri serta permit kerja sah turut ditahan.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, Jaffri Bidin, berkata seorang lelaki tempatan 26 tahun yang dipercayai penjaga premis itu turut ditahan dalam serbuan PPM Pelabuhan Klang, IPD Klang Utara dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor pada 11.30 pagi.
Menurutnya, 38 pekerja asing yang gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan permit kerja sah turut ditahan.
“Penjaga premis berkenaan juga gagal mengemukakan dokumen berkaitan bahan disimpan serta diproses di premis tersebut,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau berkata, kira-kira 120,000kg tembaga, 560,000kg aluminium diproses, 811,300kg aluminium belum diproses, enam forklift, pelbagai mesin dan peralatan pengisar yang semuanya dianggarkan bernilai RM6 juta dirampas.
Jelasnya, kes dirujuk kepada JAS untuk tindakan lanjut kerana disyaki membabitkan aktiviti pemprosesan e-sisa secara haram yang boleh memberi kesan kepada alam sekitar serta melanggar undang-undang berkaitan.
Beliau menyeru orang ramai terus memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat kepada polis bagi membantu membanteras aktiviti jenayah serta pencemaran alam sekitar. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.