Antara dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk ahli Majlis Agama Islam Negeri, mufti dan setiausaha kerajaan negeri.

Menurut sumber, individu terbabit dipanggil secara berperingkat sejak siasatan dimulakan pertengahan Januari lalu, dengan SPRM turut mempergiatkan usaha semakan akaun yang disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah.
Antara yang dipanggil untuk dirakam keterangan termasuk ahli Majlis Agama Islam Negeri, mufti, setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan, penasihat undang-undang, serta pegawai dan pekerja di agensi berkenaan.
Turut dipanggil ialah ahli Lembaga Zakat serta pegawai dan pekerja pusat zakat negeri tersebut.
Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohamad Abdul Hamid tiba di pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 9.48 pagi tadi.
“Bagi kes kedua, suspek utama bersama pengurus besar Agihan Zakat Negeri disyaki menyalahgunakan dana zakat melalui Skim Inapan Kasih dan Bantuan Kewangan berjumlah kira-kira RM184,000. Dana tersebut digunakan untuk bayaran penyelesaian baki pinjaman perumahan seorang asnaf tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan,” kata sumber tersebut.
Hujung Januari lalu, SPRM Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan susulan pendedahan dibuat seorang Adun dalam persidangan negeri, hujung tahun lepas.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Karunanithy Y Subbiah ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.