Menteri pendidikan tinggi berkata, Asia ada kekuatan ekonomi dan diplomatik untuk bantu bentuk sistem antarabangsa lebih seimbang.

Ketika menghadiri Tokyo Conference 2026 di Tokyo, Jepun, beliau berkata, dunia kini berada dalam era yang sering digambarkan sebagai ‘Age of Power’, di mana persaingan geopolitik, tekanan ekonomi dan penggunaan teknologi sebagai alat pengaruh semakin ketara.
Zambry berkata, keadaan itu turut mencerminkan defisit kepercayaan terhadap sistem antarabangsa, khususnya apabila undang-undang serta peraturan global dilihat tidak dilaksanakan secara konsisten.
Sehubungan itu, katanya, Malaysia menekankan kepentingan autonomi strategik melalui pendekatan ‘non-alignment’ aktif, di samping mempertahankan prinsip kedaulatan negara serta undang-undang antarabangsa.
Menurutnya, Asia mempunyai kekuatan ekonomi, demografi dan pengaruh diplomatik yang besar untuk membantu membentuk sistem antarabangsa yang lebih seimbang.
Dalam pada itu, beliau turut menekankan peranan pendidikan tinggi dalam memperkukuh kerjasama strategik antara negara Asia.
Beliau berkata, institusi pendidikan tinggi boleh menjadi pemangkin hubungan antarabangsa melalui pertukaran ilmu, mobiliti pelajar dan penyelidikan bersama.
Katanya, pendekatan itu mampu membantu membangunkan bakat, memperkukuh diplomasi ilmu serta menyokong pembentukan sistem global yang lebih inklusif dan berteraskan kerjasama.
Zambry menghadiri Tokyo Conference 2026 yang menghimpunkan pemimpin, pemikir dan tokoh dasar dari pelbagai negara, dalam rangka lawatan kerja rasminya selama dua hari ke Tokyo, bermula semalam. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.