`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Monday, March 9, 2026

Exco Kelantan nafi arahan tutup pasar raya hingga 1 tengah hari 1 Syawal

 Ia susulan rungutan pekerja pasar raya meminta kerajaan negeri mengarahkan semua premis perniagaan menutup operasi pada 1 Syawal.

Hilmi Abdullah
Exco Kelantan Hilmi Abdullah berkata perkara itu hanya akan diputuskan mesyuarat exco negeri yang dijadualkan Rabu ini. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
 Arahan menutup semua premis kompleks beli-belah dan pasar raya di Kota Bharu sehingga 1 tengah hari pada hari pertama Aidilfitri dan Aidiladha tidak benar, kata Exco Kelantan, Hilmi Abdullah.

“Apa yang sedang tular itu tidak benar. Lagipun tarikh dan tahun tidak dinyatakan secara jelas dalam surat berkenaan,” katanya menurut Sinar Harian.

Beliau berkata, perkara itu hanya akan diputuskan mesyuarat exco negeri yang dijadualkan Rabu ini.

Terdahulu, tular satu notis di media sosial didakwa berkaitan arahan penutupan premis kompleks beli-belah dan pasar raya sempena Aidilfitri dan Aidiladha.

Notis itu mendakwa Majlis Perbandaran Kota Bharu menetapkan operasi semua premis di kompleks beli-belah dan pasar raya ditutup sehingga 1 tengah hari pada hari pertama Aidilfitri serta Aidiladha bagi memberi peluang pekerja menunaikan solat sunat Hari Raya.

Pada 26 Feb lalu, kerajaan Kelantan dilaporkan akan mengkaji semula operasi pasar raya pada hari pertama Aidilfitri susulan rungutan pekerja yang tular di media sosial.

Hilmi dilaporkan berkata, perkara itu diberi perhatian kerana pekerja terpaksa bertugas pada 1 Syawal sedangkan kebanyakan premis perniagaan di Kelantan ditutup sepenuhnya sebelum ini.

Menurut Hilmi, hal ini kerana golongan itu terpaksa bekerja pada hari raya pertama, sedangkan sebelum ini kebanyakan premis perniagaan di Kelantan ditutup sepenuhnya pada hari berkenaan.

Bermula tahun lalu, sebahagian pasar raya besar mula beroperasi pada hari raya pertama. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.