Calon boleh peroleh keputusan di sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan secara dalam talian.

KPM dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 413,299 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan berkenaan di 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
“Calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan SPM 2025 di sekolah masing-masing mulai 10 pagi pada tarikh tersebut,” kata kenyataan itu.
Bagi calon persendirian, KPM memaklumkan mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar bagi memperoleh keputusan peperiksaan.
Menurut kenyataan itu, pihak sekolah diminta memastikan pengurusan penyerahan keputusan kepada calon dilaksanakan secara cekap dan teratur.
Selain itu, calon sekolah dan calon persendirian boleh membuat semakan keputusan melalui dua kaedah iaitu secara dalam talian menerusi pautan myresultspm.moe.gov.my bermula 10 pagi, 31 Mac ini hingga 6 petang, 6 April.
KPM memaklumkan semakan juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 dalam tempoh sama.
“Sistem ini akan diaktifkan mulai 10 pagi pada 31 Mac ini. hingga 6 petang, 6 April ini,” menurut kenyataan itu. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.