KWSP juga memfailkan 3,530 saman sivil dan mengambil 6,011 tindakan jenayah terhadap pengarah syarikat dan majikan, tahun lepas.

Ketua Pegawai Operasi KWSP, Sazaliza Zainuddin, berkata penyerahan nama majikan berkenaan kepada imigresen dibuat mengikut Seksyen 39 Akta KWSP, sekali gus menjadikan seramai 14,332 pengarah syarikat telah dihalang keluar negara sehingga Disember lepas atas sebab yang sama.
Beliau berkata pada tahun lepas, KWSP memfailkan 3,530 saman sivil dan mengambil 6,011 tindakan jenayah terhadap pengarah syarikat dan majikan yang gagal menunaikan caruman KWSP pekerja.pekerja mengikut Seksyen 43(1) Akta KWSP. Majikan yang gagal memenuhi kewajipan yang ditetapkan untuk membayar caruman KWSP boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan, termasuk prosiding sivil, pendakwaan jenayah dan sekatan perjalanan ke luar negara,” menurut kenyataan.
Sazaliza berkata pasukan penguatkuasaan KWSP sentiasa memantau majikan bagi memastikan caruman dibayar tepat pada masa.
Bagi tempoh Januari hingga Disember 2025, KWSP menyelesaikan sebanyak 8,868 kes tunggakan caruman daripada 21,029 aduan yang dibuat pekerja, manakala 12,161 kes masih dalam siasatan dan tindakan undang-undang.
Ahli digesa untuk sentiasa menyemak akaun KWSP mereka melalui aplikasi KWSP i-Akaun bagi memastikan caruman majikan dikreditkan tepat pada masa. Majikan turut digalakkan menggunakan i-Akaun (Majikan) untuk menyemak senarai pekerja, caruman yang telah dibayar serta sejarah pembayaran. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.