`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Saturday, March 7, 2026

Kiandee, Mas Ermieyati terima surat tunjuk sebab

 Hari ini ialah tempoh akhir untuk naib presiden Bersatu dan ketua Wanita itu menjawab surat tunjuk sebab berkenaan.

Ronald Kiandee dan Mas Ermieyati Samsudin
Naib Presiden Bersatu Ronald Kiandee berkata surat tunjuk sebab itu diterima 28 Feb lalu, manakala Ketua Wanita Mas Ermieyati Samsudin berkata beliau tidak berhasrat menjawab surat berkenaan.
PETALING JAYA:
 Naib Presiden Bersatu, Ronald Kiandee dan Ketua Wanita, Mas Ermieyati Samsudin menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Disiplin bagi menjawab beberapa tuduhan.

Kiandee yang juga ketua Whip Bersatu berkata, beliau menerima surat berkenaan 28 Feb lalu dan tempohnya berakhir hari ini.

“Sama ada saya jawab atau tidak, saya pasti tindakan akan tetap diambil dan saya percaya ia bertujuan menyingkirkan kami daripada menyokong Datuk Seri Hamzah Zainudin,” katanya menurut Sinar Harian pada Majlis Moreh Perdana dan Pelancaran Gempur Rasuah Negeri Sembilan di Port Dickson malam tadi.

Jelasnya, antara sebab beliau menerima surat tunjuk sebab kerana menghantar surat kepada Ketua Whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan bagi memaklumkan sokongan 13 Ahli Parlimen Bersatu kepada Hamzah sebagai ketua pembangkang di Parlimen.

Mas Ermieyati berkata, tempoh terakhir untuk menjawab surat tunjuk sebab itu hari ini.

“Setakat ini saya tidak berhajat untuk menjawabnya. Kita tengoklah macam mana nanti,” kata Ahli Parlimen Masjid Tanah dan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.

Ronald dan Mas Ermieyati antara yang hadir maklis perhimpunan menyokong Hamzah pada 14 Feb lalu, sehari selepas timbalan presiden itu dipecat Bersatu.

Pada 19 Feb lalu, Mas Ermieyati mengesahkan beliau melepaskan jawatan ketua Bersatu Masjid Tanah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.