JPPM menolak pendaftaran Parti Keluarga Malaysia pada 2022 kerana tidak memenuhi perkara dalam Jadual Pertama Akta Pertubuhan 1966.

“Saya dimaklumkan prosesnya sedang digerakkan dan saya dimaklumkan tiada masalah atau halangan untuk kita menyertai parti terbabit,” kata Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, yang menyertai rundingan mengambil alih Parti Keluarga Malaysia dengan Hamzah.
“Jika ada isu (teknikal dan pendaftaran), kita akan selesaikan segera,” katanya menurut Berita Harian.
Kelmarin, Hamzah mengesahkan perbincangan untuk mengambil alih Parti Keluarga Malaysia sedang berjalan, selepas Pengasasnya, Khairi Jaya dilaporkan berkata, proses itu sudah “90% pasti”.
Langkah itu menyusul tindakan Bersatu memecat Hamzah pada 13 Feb lalu ekoran krisis kepimpinan dengan Presidennya, Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, parti politik dan pertubuhan yang tidak berdaftar boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
“Penolakan dibuat (pada 2022) kerana tidak memenuhi perkara dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta Pertubuhan 1966 merangkumi fasal berkaitan tatakelola parti yang perlu dinyatakan dengan jelas dalam perlembagaan parti seperti sumber kewangan, komposisi jawatankuasa, kaedah pelaksanaan mesyuarat agung dan sebagainya.”
Difahamkan, terdapat 72 parti politik berdaftar dengan JPPM sehingga kini. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.