Suspek berusia 22 tahun ditahan di sebuah rumah di Jasin hari ini.

Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan oleh sepasukan pegawai dan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), IPK Melaka, di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor, Jasin, kira-kira 11 pagi tadi.
Sehubungan itu, Christopher meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar menyalurkannya kepada IPD Melaka Tengah atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.
“Polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Berdasarkan rakaman CCTV di tempat kejadian, suspek dipercayai memukul, melempang, menarik rambut serta melanggar kepala mangsa yang sedang terbaring menggunakan motosikal.
Ekoran dibelasah, mangsa mengalami kecederaan tisu lembut di bahagian kepala dan pipi kanan dan menerima rawatan di Hospital Melaka. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.