Sehingga kelmarin, polis menerima 28 laporan di seluruh negara berhubung kes itu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil keterangan individu terbabit di IPD Kuantan pada Jumaat lalu bagi melengkapkan siasatan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Semalam, Ketua Polis Kuantan, Ashari Abu Samah dilaporkan berkata, reman seorang pelajar institusi pengajian tinggi berusia 21 tahun yang disyaki memuat naik dan menyebarkan gambar itu disambung tiga hari lagi hingga 3 Mac ini susulan arahan timbalan pendakwa raya supaya beberapa tindakan diambil bagi melengkapkan siasatan.
Sehingga kelmarin, polis menerima 28 laporan di seluruh negara berhubung kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Pada 25 Feb lalu, seorang penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki menghina Islam di media sosial.
Gambar kaki seorang lelaki dewasa memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut UMPSA itu kemudian tular di media sosial. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.