`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Friday, March 6, 2026

Umno Kedah seru bekas ahli kembali, main peranan dalam ‘perjuangan lebih besar’

 Umno Kedah juga menyeru politik sempit 'siapa lebih Melayu dan lebih Islam' dihentikan kerana tidak bawa manfaat kepada ummah.

Shaiful Hazizy Zainol Abidin (kiri) seru kepada perjuangan lebih besar, manakala Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri kata usaha cari titik persamaan perlu berterusan.
PETALING JAYA:
 Umno Kedah menyeru bekas ahli supaya menyahut peluang untuk kembali ke parti itu, mengatakan mereka mempunyai peranan penting dalam perjuangan yang lebih besar.

Ketua Penerangan Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata pelawaan Presiden Zahid Hamidi mencerminkan usaha memperkukuh kekuatan parti, dan langkah penting dalam membina kembali kesatuan dan keyakinan di semua peringkat organisasi.

Menurutnya, bekas-bekas ahli memiliki semangat, pengalaman, dan kekuatan jaringan yang amat bernilai kepada usaha memperkukuh gerak kerja di peringkat akar umbi.

“Sehubungan itu, kami menyeru kepada mana-mana bekas ahli Umno yang pernah bersama perjuangan parti suatu ketika dahulu agar mengambil peluang ini untuk kembali menyumbang kepada perjuangan yang lebih besar,” menurut kenyataan.

Terdahulu, Zahid mengumumkan Umno membuka pintu ‘Rumah Bangsa’ kepada ahli yang dipecat atau digantung untuk kembali menyertai parti itu, menyatakan masa ini peluang untuk mempertautkan kembali perjuangan dalam kalangan mereka yang pernah bersama.

‘Rumah Bangsa’ merupakan hasrat Umno bagi menyatukan parti politik Melayu dan Islam, diumumkan Zahid d perhimpunan agung Umno pada Januari.

Seiring usaha tersebut, semalam Umno, PAS, PKR dan Amanah menghadiri musyawarah bagi membincangkan isu melibatkan masyarakat Melayu dan Bumiputera, dan mencari titik persamaan merentasi perbezaan politik.

Pengarah Komunikasi Umno Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri, menyeru politik sempit ‘siapa lebih Melayu dan siapa lebih Islam’ dihentikan.

“Politik sebegini tidak membawa manfaat kepada ummah, malah hanya menjarakkan hubungan sesama kita. Sudah sampai masanya pendekatan tersebut dihentikan demi kepentingan yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata usaha mencari titik persamaan dalam isu melibatkan kepentingan Islam, Melayu dan Bumiputera perlu diperkasakan, melalui platform musyawarah yang berterusan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.