Majlis tahlil ringkas turut diadakan di rumah waris Amirul Hafiz Omar yang meninggal dunia 29 Mac lalu.

Sumbangan diserahkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Azmi Rohani kepada Nor Nadia Abdul Majid, 32, di rumahnya, di Selangor, hari ini.
Hadir sama Pegawai Agama Istana Negara Munir Md Salleh, Penasihat Undang-undang Istana Negara Zulharry Abdul Rashid, Setiausaha Sulit kepada Raja Permaisuri Agong Nadia Monira Mohamed Taib dan Ketua Polis Shah Alam Ramsay Anak Embol.
“Semasa sesi kunjungan di rumah Allahyarham di Seksyen 16, Shah Alam, satu majlis tahlil ringkas turut diadakan dan majlis tahlil dipimpin Pegawai Agama Istana Negara,” menurut catatan di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.
Pada 29 Mac lalus, Amirul Hafiz Omar, 33, maut apabila motosikal ditunggangnya dilanggar pemandu kereta dipercayai berada bawah pengaruh alkohol dan dadah dalam nahas di Jalan Raya Barat itu.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.