`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



Wednesday, April 29, 2026

MB di Seremban diketuk, PM di Putrajaya rasa tak?

 Tindakan BN Negeri Sembilan bukan sekadar krisis negeri tetapi isyarat politik yang pasti turut dirasai di Putrajaya.

Mohsin Abdullah

Saya ucapkan terima kasih kepada Facebook friend Gabriel Gwo Shin Lim yang mengingatkan saya setelah membaca artikel semalam bahawa Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan selain menjadi Ahli Parlimen Rembau, juga Adun Rantau di Negeri Sembilan.

Ertinya beliau termasuk dalam kalangan Adun Umno/BN yang menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Aminuddin Harun tiga hari lalu. Sama ada Tok Mat terbabit secara langsung atau tidak dalam langkah itu belum ada penjelasannya sehingga artikel ini ditulis.

Namun hakikatnya beliau salah seorang 14 Adun Umno di Negeri Sembilan.

Jujur saya akui saya terlupa akan this important fact. Had I remembered naratif artikel semalam mungkin ada bezanya. Jika tak banyak sikit pasti ada beda.

Terima kasih juga kepada kawan lama Jahabar Sadiq yang mengingatkan saya “he’s ( Tok Mat ) the state BN chief and they used the BN letterhead.”

Merujuk surat yang kumpulan Adun berkenaan hantar kepada speaker DUN Negeri Sembilan bagi memaklumlan tindakan mereka. Maksudnya surat rasmi BN lengkap dengan kepala surat.

Another important point which I missed for yesterday’s article which would have added meat to the writing .

Semasa artikel ini ditulis Presiden Umno Zahid Hamidi mungkin sedang bertemu dengan PMX Anwar Ibrahim berkaitan krisis Negeri Sembilan. Terdahulu beliau memberitahu media akan menemui Anwar Ibrahim petang Selasa .

Saya tidak menunggu pertemuan itu selesai (jika benar ia diadakan) untuk mula tulis artikel ini.

Maksudnya tidak tunggu apa apa kenyataan hasil pertemuan – jika kenyataan dikeluarkanlah. Setakat ini kenyataan Zahid sejak isu ini tercetus banyak menimbulkan persoalan.

More questions than answers. Saya faham beliau tidaklah boleh mendedahkan segala galanya untuk khalayak. Tetapi ada yang beliau kata membuat saya angkat kening.

Contoh kata Zahid Adun Umno bertindak independently kerana Umno pusat tidak mencampuri urusan Umno negeri.

Kata seorang penganalisis politik “siapa yang faham Umno sure tahu benda benda macam ini tak akan jadi kalau tak ada green light ibu pejabat.” (Saya setuju).

Anwar juga banyak cakap berlapik. Jelas beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Don’t want to rock the boat gamaknya. Lantas banyak saying the obvious. Namun saya setuju apa kata wartawan veteran A Kadir Jasin di Facebook.

“Apabila ketuk Aminuddin di Negeri Sembilan takkan Anwar di Putrajaya tak rasa apa-apa? Sikit-sikit mesti rasa.” Betul. Aminuddin pemimpin PKR. Anwar presiden PKR dan pengerusi Pakatan Harapan (PH).

Adakah PH berani singkirkan Umno/BN? PH masih boleh memerintah meskipun tanpa Umno/BN berdasarkan jumlah kerusi di Parlimen. PMX juga boleh jika mahu adakan snap election. Kata kuncinya ‘jika mahu’ walaupun memang ada banyak perkiraannya.

Umno/BN menurut saya tidak akan berani tinggalkan kerajaan perpaduan kerana sudah dapat macam macam. Dapat apa? Semua orang dah tahu. Lalu banyak rugi daripada untung jika mereka keluar kerajaan .

“Zahid mungkin akan main wayang ketoprak dalam krisis Negeri Sembilan ini supaya tidak nampak mengkhianati mentornya. Tetapi beliau tentu tahu yang sentimen majoriti ahli Umno dan orang Melayu mengenai kerjasama dengan PH adalah negatif,” kata Kadir.

Tampil Kamarulzaman Zainal, kawan rapat Allahyarham Abdullah Ahmad Badawi , perdana menteri kelima dan presiden Umno keenam. Beliau juga pernah menjadi setiausaha akhbar Pak Lah .

Menurut beliau rakyat mula menerima kehadiran mereka (Umno) sebagai penstabil dalam lanskap politik baharu namun proses penyembuhan ini ibarat pesakit yang sedang berpantang – tersilap makan melaratlah semula.

Kata Kamarulzaman, persoalannya adakah Umno benar benar disiplin dalam ‘diet’ politik mereka atau mereka sedang mengulangi tabiat lama yang membawa penyakit?

Dalam proses pemulihan kata beliau ada tiga ‘makanan beracun’ yang sering kali menjangkiti semula tubuh Umno. Yakni sifat sombong dan angkuh, khianat kawan ‘serumah’ dan sindrom penyakit menambah penyakit.

Bagi Kamarulzaman, Umno kini berada di persimpangan jalan antara kesembuhan total atau kecacatan kekal. Luka rakyat boleh sembuh tetapi parutnya akan sentiasa mengingatkan mereka tentang pedih yang pernah dirasai.

Pesan beliau: “Jika Umno terus memilih untuk makan benda benda yang dilarang – kesombongan, pengkhianatan dan keangkuhan maka jangan hairan jika rakyat akhirnya memutuskan untuk mencari ‘doktor’ lain yang mendengar kata.”

Berbalik isu pokok penulisan ini. Krisis Negeri Sembilan. Imbau kembali laporan Undang Yang Empat cuba menyingkirkan Yang di-Pertuan Besar. Disusuli menteri besar tampil berkata pengisytiharan turunkan Yang di-Pertuan Besar tidak sah.

Undang Luak menggesa menteri besar dipecat. Adun Umno beberapa hari lalu juga tidak sokong menteri besar.

“Secara logiknya jika tarik sokongan daripada MB bermakna Adun Umno menyokong tindakan Undang yang meminta MB letak jawatan,” kata seorang pemerhati politik.

Tanya saya pula adakah Adun juga setuju dengan Undang Luak supaya Yang di-Pertuan Besar diturunkan?

Berkata pula seorang kawan bekas wartawan, beliau baca di media sosial banyak komen oleh orang Negeri (pada pandangannya) yang mengkritik keras Adun Umno kerana cuba tebuk atap. Yang buat komen juga menyatakan kesetiaan terhadap Yang di-Pertuan Besar.

Sejak tunjuk garang semasa mengumumkan tindakan mereka keatas menteri besar tempoh hari kumpulan Adun sudah agak kendur.

Mula mendakwa bukan mahu rampas kuasa, bukan mahu jadi menteri besar dan mahu mengadap Yang di-Pertuan Besar .

“Somalam main ceneke, hari ini banyak cekadak .Gomar buek bukan-bukan. Okap bona,habih bocomporo. Bersapaulah menunggu menghadap. Jangan kono sidai sudah,” kata-kata oleh orang kuat Ilham Centre Azlan Zainal, anak jati Nogori mengakhiri penulisan saya kali ini. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.