Menteri pengangkutan berkata kelakuan itu bukan hanya membahayakan nyawa pengguna lapangan terbang tetapi sabotaj terhadap keselamatan dan ekonomi Kelantan.

Beliau berkata kelakuan mereka bukan hanya membahayakan nyawa orang ramai yang menggunakan kemudahan terbabit tetapi dilihat sebagai tindakan sabotaj terhadap keselamatan dan ekonomi negeri.
Menurutnya, kerajaan persekutuan telah membelanjakan hampir RM450 juta untuk menaik taraf LTSIP untuk memastikan keterhubungan udara lebih baik untuk Kelantan.
“Ia juga untuk menjadi pemangkin kepada pembangunan sosio ekonomi rakyat Kelantan serta menarik lebih ramai pelancong ke negeri itu,” katanya di Facebook.
Loke berkata beliau telah mengarahkan pengarah penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan untuk menjalankan operasi penguatkuasaan secara besar-besaran di kawasan berkenaan.
“Saya juga telah meminta pihak pengurusan MAHB untuk memperketatkan laluan masuk dan keluar ke bangunan terminal untuk membendung gejala ini,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan sekumpulan mat rempit menjadikan terminal baharu di LTSIP yang kurang sebulan beroperasi secara penuh itu sebagai litar lumba.
Aktiviti yang dikatakan bermula sejak Ramadan lalu mula menjadi tular di media sosial selepas pengguna lapangan terbang berkenaan merakam kegiatan mereka. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.