Yuran hak siaran tinggi, tempoh singkat untuk mendapatkan penaja dan rakan komersil bagi pakej siaran, selain tekanan ekonomi semasa merumitkan keadaan bagi rangkaian televsiyen swasta.

Kalau cakap pasal Piala Dunia, kejohanan di Sepanyol pada 1982 have a special place in my heart.
Pertama, jutaan penyokong Brazil seluruh dunia bersedih apabila pasukan kesayangan tersingkir selepas tewas 3-2 di tangan Itali. Mengejutkan dan heart broken kerana skuad Brazil 1982 dikatakan sama handal dengan skuad 1970 yang menang Piala Dunia di Mexico, dan diramal akan turut merangkul World Cup di Sepanyol.
Skuad 1970 ada Pelé, Tostão, dan Jairzinho yang menjaringkan gol pada setiap perlawanan. Skuad 1982 ada Falcão, Sócrates, dan Zico. Kedua-dua skuad bermain jogo bonito.
Malangnya Zico dan rakan-rakan dikecewakan oleh jaringan hat-trick Paolo Rossi. Maka mengalirlah air mata penyokong Brazil seluruh dunia. “The day football died,” kata mereka.
Semua tidak percaya pasukan sekuat itu boleh tewas. Kawan-kawan tidak habis-habis membuat analisis masing-masing untuk menjawab kekalahan Brazil. Saya turut terkesan.
Sebab kedua mengapa Piala Dunia 1982 dekat di hati saya sehingga ke hari ini lebih hebat daripada sebab pertama.
RTM yang menyiarkan perlawanan bola sepak mengumumkan ia hanya akan menyiarkan perlawanan separuh akhir, penentuan tempat ketiga dan final. Itu sahaja stesen nasional mampu siarkan secara langsung kerana dana tidak mencukupi. Bagi peminat bola sepak yang sudah biasa dengan siaran langsung that won’t do. Ramai tersentak dan bersedih.
Tampil seorang individu bernama Peter Teo. Dikatakan beliau menghubungi RTM dan melontarkan cadangan untuk mengatasi masalah itu, yakni wujudkan satu tabung di mana rakyat boleh menyumbang wang, dan kutipan digunakan untuk menyiarkan semua perlawanan secara langsung. RTM setuju maka lahirlah ‘People’s Live Telecast Fund’. Pendek cerita, rakyat berjaya mengumpul dana yang diperlukan — ada pihak kata RM300,000.
Hasrat rakyat menonton Piala Dunia 1982 sepuas hati tercapai hasil usaha dan sumbangan sendiri. Apabila perlawanan disiarkan tertera di kaca televisyen: Ditaja oleh rakyat Malaysia. Cukup membanggakan. Syabas pencinta bola sepak.
Itu kisah 44 tahun lalu. Sekarang Piala Dunia datang lagi bermula 11 Jun hingga 19 Julai di tiga negara iaitu Kanada, Amerika Syarikat, dan Mexico. Menurut laporan media baru-baru ini, broadcasting rights atau hak siaran perlawanan Piala Dunia 2026 diletakkan oleh FIFA pada angka RM200 juta. Ertinya bayar RM200 juta baru boleh siar semua perlawanan.
Bukanlah memeranjatkan harga tinggi itu membuat penyiar tempatan berfikir panjang. Menurut myMetro, tiada pembeli tampil sepanjang 2025 dan kebuntuan masih berlarutan sehingga ke hari ini.
Yuran hak siaran tinggi, tempoh singkat untuk mendapatkan penaja dan rakan komersil bagi pakej siaran, selain tekanan ekonomi semasa merumitkan keadaan bagi rangkaian televsiyen swasta untuk memenuhi selera peminat bola sepak .
Sejak televisyen berbayar diperkenalkan, Astro menjadi penyiar utama dengan menawarkan liputan lengkap — semua 64 perlawanan. Kali ini jumlah perlawanan bertambah kerana FIFA meluaskan penyertaan. Astro dilapor masih belum ada sebarang maklumat untuk diumum buat masa ini.
Namun ada juga laporan bahawa rundingan difahamkan sedang berjalan dan FIFA mungkin akan hanya membenarkan stesen milik kerajaan membuat siaran. Tetapi itu pun hanya beberapa perlawanan terpilih. Maknanya not all matches seperti lazim.
Jadi apa yang boleh dilakukan? Ulang cara 1982 iaitu rakyat taja siaran? Bagi saya ini tidak akan dilakukan malah tidak patut dilakukan lantaran kesan ekonomi yang kita rasai akibat konflik di Asia Barat yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan berakhir pada masa terdekat.
Bagi saya, kerajaan mahu pun swasta tidak patut cuba mencari RM200 juta untuk mendapatkan hak siaran. Jumlah wang sebesar itu boleh dimanfaatkan untuk kebaikan dan keselesaan rakyat yang wajib diutamakan.
Ada laporan menyatakan jika pihak penyiaran negara tidak mampu jadi pembida maka kempunanlah peminat Piala Dunia kita.
Bagi saya tak apalah kempunan kali ini, lagi pun the modern game sekarang banyak tactical yang mengutamakan kemenangan, dan bukannya untuk menghiburkan penonton. Play to win, not to entertain.
Brazil pun sudah tidak bermain jogo bonito. Saya tahu peminat hard core tentu marah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.